Semalam saya menonton Buletin Utama berkenaan isu obesiti murid disekolah. Sudah 3 malam buletin utama menyiarkan berita berkenaan obesiti atau kegemukan murid. Menariknya,isu ini dikaitkan dengan nasi lemak sebagai salah satu penyebab obersiti murid. Tidak dinafikan nasi lemak mungkin salah satu punca kegemukan dan sekaligus pihak sekolah diminta memantau penjualan makanan di kantin sekolah. Lebih menarik lagi ada cadangan guru perlu mengira BMI murid. Tapi hanya cadangan .
Nasi Lemak
Pada tahun 2007 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan. Begitu hebat penangan nasi lemak. Selama saya tinggal di Klang hanya satu kedai yang menjual nasi lemak yang boleh dikatogoti gred A. Terasa kelemakanya dan hargnya pun berbeza daripada nasi lemak yang kurang lemak. RM 2.00 nasi lemak dengan telur mata kalau tambah ayam RM 4.00. Memang agak mahal tetapi rasa sedap dan lemaknya membuat pelanggang melupakan tentang harga buat seketika yang penting rasanya sedap. Harga santan pun mencecah RM 8.50 sekilo.
Nasi Lemal Disekolah
Semalam selepas makan sempat saya memantau nasi lemak yang dijual disekolah . Harga Cuma RM 1 sahaja. Nasi tak sampai segenggam dan ada telur yang dibahagi empat dan dua hiris timun. Daripada pemerhatian kasar saya, warna nasi tersebut pun saya dan boleh agak kurangnya lemak pada nasi lemak tersebut. Bukan apa harga santan RM 8 sekilo kalau buat terlebih lemak tidak untung dan saya tengok murid-murid yang makan nasi lemak tersebut biasa-biasa sahaja. Tak ada masalah obersiti. Ada juga murid disekolah saya yang obersiti tapi saya yakin punca obersiti tersebut bukan berpunca daripada makan makanan disekolah. Nasi lemak yang harga RM 1 sebenarnya nama sahaja nasi lemak tapi rasanya tidak lemak.
Lepak kat Carrfour dan Teh Tarik
Semalam hujan renyai-renyai, selepas saya makan malam dan berehat menonton televisyen , seorang kawan sms dan mengajak saya minum teh tarik. Mungkin cuaca malam yang agak dingin ini akan terasa lebih nikmat menghirup teh tarik yang panas sambil mendengar titis hujan jatuh ke bumi menghempas bumbung kedai mamak.
Tiba-tiba disebelah saya, ada seorang murid bersama keluarganya baru sampai dan sedang order minuman dan makanan. Pada mulanya saya tengok murid tersebut (Seingat saya darjah 4) makan roti canai telur dengan teh tarik dan kemudian sampai pula pesanan mee goreng begitu berminyak . Sepinggang mee dan roti canai berjaya dihabiskan oleh murid tersbut dengan lahap sekali. Ibu dan ayahnya hanya tersenyum melihat anaknya yang kekenyangan. Mungkin ini punca obersiti. Bisik hati saya yang hanya minum teh tarik sahaja.
Obersiti murid
Tidak adil kalau ibu bapa menyalahkan penyakit obersiti anak mereka berpunca daripada makanan disekolah semata-mata. Banyak faktor lain yang lebih kukuh. Terutama jadual makan malam anak-anak dan makanan-makanan yang lain di makan dirumah. Ada kelurga budaya makan terlalu ketara ,Sambil tengok tv sambil makan, sambil ulangkaji sambil makan, sebelum tidur makan lagi. Mimpi pun mimpi makan. Begitulah biasanya.
2 comments:
bukan salah sekolah..tapi kalau nak disalahkan..salahkan ibu bapa yang bagi anak makan tanpa kawalan..
emm yup semua nak salahkan sekolah..
Post a Comment