Saturday, April 16, 2011

Makan kat kedai@makan kat rumah




Makan kat kedai@makan kat rumah

Dahulu sebelum saya berkahwin saya tinggal rumah sewa bersama 3 rakan yang lain. Jadinya berempat bersama saya. Ketiga-tiga kawan saya yang lain telah berkahwin . Dua orang mempunyai anak satu dan seorang mempunyai anak 4 .Semuanya berjauhan dengan isteri dan hanya hari minggu balik ke rumah untuk bermesra dengan isteri.(Harap ayat ni sesuai). Rumah sewa kami tidak pernah berasap dapur atau dengan kata lain kami tak pernah masak. Bukan tak pandai masak atau suka makan di kedai makan tetapi jawapan yang lebih tepat rumah sewa kami tak ada dapur sebab tak beli dapur. Bukan dapur sahaja tak ada tetapi peti sejuk pun tak ada. Yang ada Cuma cerek pemanas air sahaja. Bukan juga tak mampu tapi mungkin kami berharap tidak akan lama tinggal dirumah sewa itu.Begitulah hampir tiga tahun dapur tidak pernah berasap.

Isteri masak


Isteri saya rajin memasak. Cakap apa sahaja dia boleh masak.Telur goreng mata kerbau, telur dadar, sardine dan pelbagai lagi. Dia memang tak suka makan di kedai makan , katanya makanan kat kedai terlebih ajinomoto yang boleh menyebabkan otak lembab dan rambut gugur. Saya pun setuju dan mungkin salah satu sebab rambut saya sekarang semakin gugur. Biasanya isteri saya akan beli lauk dan sayur di pasar malam. Bukan sebab mahal atau murah, kalau nak barang murah Tesco kadang-kadang lagi murah lauk dan sayur berbanding pasar malam . Terasa juga ingin menolong pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjual kat pasar malam terutama yang Melayu. Memang kadang-kadang kedai Melayu mahal sedikit tetapi apa salahnya tolong kawan. Kadang-kadang memang saya tahu sayur atau lauk yang dijual lebih mahal daripada tempat lain, tapi sengaja buat-buat tak tahu dan saya niat sedekah sahaja. Nak bagi sedekah duit nampak sangat saya pemurah. Saya, daripada dulu sehingga sekarang memang tak reti bab tawar menawar , main ambik sahaja. Kadang-kadang isteri saya tegur juga tapi saya kadang-kadang tawar menawar juga tapi kadang-kadang sahaja ambil hati orang tersayang.

Duit Dapur

Setiap bulan ,pengurus dan merangkap setiausaha saya akan sediakan RM 300 sebulan untuk membeli barang-barang dapur. Pada bulan pertama memang hampir-hampir tak cukup. Perlu beli beras, gula, gas dan macam-macam lagi. Bulan seterusnya terlebih cukup. Beras 5 kilogram dua bulan belum habis lagi , begitu juga dengan gas. Cuma gula cepat habis sikit. Saya suka manis. Semua benda saya nak manis. Harap-harap dan doa saya minta juah daripada kencing manis.

Makan kat Luar sahaja

Air pantai ada pasang surut begitu juga dengan selera dan mod. Bukan isteri saya tak pandai memasak dan tidak sedap masakannya tetapi sekali dua kala terasa ingin makan di luar terutama datang terfikir masak pun hanya kami berdua sahaja buat kotor dapur sahaja lebih baik makan kat luar. Fikiran ini selalu dan sengaja terlintas terutama awal bulan dan pada hujung bulan fikiran kami berubah. Menyimpan duit sangat penting dan lebih baik makan di rumah sahaja, air teh o pun harga dah RM 1 manakala air suam 20 sen. Baik makan dirumah, dapat jimat duit sikit. Begitulah biasanya..

No comments: