Pagi semalam saya bertolak dari Klang ke kampung halaman tercinta. Balik kampung kali ini bukan sekadar suka-suka untuk menikmati udara kampung yang segar serta suasana damai tetapi bertujuan untuk menghantar isteri saya yang akan melahirkan anak. Kebetulan pada hari sama ada aktiviti kokurikulum disekolah yang wajib dihadiri oleh setiap guru. Saya telah menghantar sma kepada PK KOKO sekolah saya dan memaklumkan saya tidak dapat aktiviti koko kerana hal yang saya nyatakan seperti di atas. Sms saya sampai tetapi tak ada respon. Mungkin PK KOKO saya tidak ada kredit yang mencukupi untuk membalas sms saya. Dan kalau PK KOKO sekolah saya ingin membuat sesuatu yang simple tetapi cukup mengharukan saya dia boleh membalas sahaja sma tersebut “ Saya doakan perjalanan cikgu selamat dan semoga isteri cikgu selamat melahirkan baby.” Kalau dia sms seperti ini satu Malaysia saya akan jaja cerita kebaikan PK KOKO saya yang perihatin dan pandai mengambil hati cikgu.
Perjalanan balik ke Kelantan suatu yang memenatkan. Perjalanan yang mengambil masa 6 ke 7 jam di atas jalan raya yang bengkang bengkok terutama suautu kawasan yang dinamakan Bukit Tujuh membuat saya berfikir banyak kali untuk memandu balik. Saya bertolak jam 7 pagi lagi dan saya selalu berhenti di Gombak untuk isi minyak dan juga menikmati sarapan pagi di Mc Donald. Perhentian seterusnya di R N R Gua Musanag untu makan tengah hari dan juga solat Jamak Takdim. (Solat Zohor dan juga Solat Asar ) Begitulah rutin saya kalau balik ke kampung. Sebelum isteri saya mengandung boleh juga saya meminta dia memandu separuh perjalanan tetapi memandangkan dia pun sarat mengandung hanya tidur sahaja disebalah saya dan kadang-kadang saya hanya bercakap seorang diri saya tengok-tengok dia telah tertidur. Saya faham orang mengandung selalu cepat letih tambahan menunggu hari ingin melahirkan anak. Cuaca sepanjang perjalanan pun merestui kepulangan saya redup dan hanya panas sediki sahaja.
Kadang-kadang ada juga terlintas difikiran saya kalau isteri saya tiba-tiba sakit perutdan ingin meahirkan anak seperti kisah Norman Hakim seorang pelakon terkenal tanah air yang menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta . Kalau perkara tersebut berlaku kepada saya entah apa yang saya akan lakukan . Tetapi Alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 5 dalam keadaan yang selamat . Anak kami mungkin lahir seminggu lagi.
No comments:
Post a Comment