
Tegur Cikgu Tak Pakai Tudung
Kejadian ini berlaku pada suatu petang di kantin sekolah kami yang usang. Sementara saya menunggu loceng masuk kelas, saya makan di kantin sekolah dahulu seperti cikgu-cikgu yang lain. Tetiba ada seorang Cikgu Veteren sekolah saya menghampiri saya , banyak topic yang kami bincangkan dan tidak ketinggalan topik yang berkaitan dengan akademik murid. Sejauh mana cikgu bercakap pasti ada terselit bab-bab yang berkaitan dengan murid. Kalau tidak mengumpat murid dengan “kemalasan” untuk belajar , akan memuji murid dengan kecemerlangan dan kadang-kadang ada juga isu berkaitan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tetiba Cikgu Budin (Bukan nama sebenar ) menceritakan kepada saya bahawa dia rasa kurang senang dengan seorang cikgu perempuan sekolah saya yang belum memakai tudung atau istilah urban freehair (rambut bebas). Saya faham dengan kurang senangnya, bukan tidak suka kepada cikgu itu tetapi dia rasa menjadi tanggungjawabnya untuk menegur selagi dia tidak menegur selagi itu dia akan merasa kurang senang . Itulah maksud kurang senangnya. Saya agak kagum kerana keperihatinan bab agama ini diluahkan oleh bukan seorang guru agama tetapi guru agama biasa yang merasa menasihati guru tersebut menjadi tanggungjawabnya.
Memakai tudung disekolah , khasnya sekolah saya bukan menjadi keanehan malahan tidak memakain akan menampakkan rambut dan kejanggalan. Cikgu Bidin berkata kepada saya, dia risau takut ada murid-murid yang baru hendak membesar terutama murid tahun enam mengambil kisah kerihalan cikgu yang tidak memakai tudung itu dan menjadi ikutan secara tidak sengaja. Agak kagum saya dengan keperihatinan cikgu itu dan saya yakin menegur dan menasihati seorang guru yang tidak menutup aurat menjadi fardu kifayah kalau tidak ada yang menegur semua akan menanggagung dosa.
Kalau minta saya menegurnya memang agak kekok , dari mana saya nak mula saya tidak tahu. Lagipun saya lebih muda dari guru tersebut. Cikgu Budin susah veteran anaknya pun mungkin sebaya dengan guru wanita tersebut. Alhamdulillah masih ada cikgu yang perihatin begini dan boleh dianggap sebagai “bapa “ disekolah yang memberi teguran dan nasihat kepada guru-guru yang baru. Semoga hasrat cikgu Bidin untuk menegeur cikgu tersebut berjaya dan mudah-mudahan Allah SWT member taufik dah hidayah kepada cikgu wanita tersebut. Wassalam.
4 comments:
Nak berkongsi bagaimana saya dapat hidayah untuk bertudung ke sekolah dan terus menjadi rutin.
Di sekolah, bukan saya satu-satunya guru yg free hair. Ada dua org lagi guru. Di sekolah juga ramai ustaz dan ustazah JQAF.
Pendekkan cerita, masa tu baru masuk tahun hijrah, jadi saya ke kantin. Tiba-tiba ada seorang ustaz ni menegur.
"Teh, kita dah masuk tahun hijrah yang baru. Bila pula kamuu nak berhijrah?"
Termalu jugak di situ. Ada juga murid-murid terutamanya anak-anak guru yg bertanya kepada ibu mereka
"Mak,kenapa teacher tu tak pakai tudung?"
Tak ke sentap tu?
Akhirnya perlahan-lahan saya berhijab. Mulanya hanya kerana tugas sebagai guru dan nak tunjuk cth yg baik. Tapi, lama-lama dah terbiasa dan jadi rutin. Lagilah, selepas sah bergelar isteri. Alhamdulillah dapat suami yang membimbing.
alhamdulillah,,,tegur menegur amalan mulia
cikgu-cikgu yang free hair ni la selalu jadi sasaran budak-budak..lagi-lagi kalau cikgu tu cantik..so, bertudunglah. Itu lebih baik.
Kalau saya cikgu freehair tu, bila orang tegur kenapa tak nak pakai tudung? Esoknya saya botakkan kepala, pergi sekolah. So tak ada rambut, tak adalah aurat. 😂 Biar cikgu lelaki tu makin huru hara jiwa tak tenang.
Post a Comment