
Bayar@tak bayar
Baru pagi tadi selesai program motivasi yang diancang oleh PIBG. Nama program tersebut Gilap Mutiara. Analogi disebalik nama program tersebut sesuatu yang bernilai dan perlu gilap lagi untuk menyerlahkan pada emas tersebut. Kalau emas tersebut digilap lagi kelihatan bernilai emas tersebut. Program tersebut dibiaayi sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Makan percuma dan untuk ditambah lagi keselesaan program tersebut dijalankan di dewan masjid . Agak selesa berbanding dengan dewan sekolah yang berubah-berubah menjadi kelas.Esok jadi dewan dan esok kemudian menjadi kelas. Kelas tak cukup , oleh yang demikian untuk mengelak murid daripada belajar dibawah pokok pihak sekolah terpaksa jadikan dewan sebagai kelas.

Motivasi murid
Program sebegini bertujuan untuk memberi murid motivasi dan kesedaran supaya mereka lebih rajin untuk belajar. Dua kali program ini terpaksa diubah tarikh kerana bilangan peserta tidak sampai 50 orang. Ayat di dalam surat jemputan kepada ibu bapa cukup puitis sekiranya ibu bapa sedar. Lebih kurang berbunyi begini.
“Kami sangat berharap ibu bapa dapat hadir bersama-sama anak yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini adalah percuma dan dirancang demi kecemerlangan anak di bawah jagaan tuan /puan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk hadir ke program ini amatlah dialu-alukan. Tanpa kehadiran dan sokongan daripada pihak tuan/puan, program-program kecemerlangan untuk anak-anak tuan/puan tidak akan berjaya dilaksanakan.”
Ini sahaja ayat yang mampu saya tulis dengan memberi penekanan kepada program percuma dan program ini dirancang untuk kecemerlangan anak tuan/puan. Pada mulanya saya ingin membuat ayat tuan/puan diwajibkan ke program tersebut tetapi atas nasihat guru tahun enam mengatakan bahawa sekiranya membuat ayat demikian takut-takut mendapat aduan bahawa pihak sekolah memaksa . Kalau bab membuat aduan memang kreatif.Oleh yang demikian saya menggunakan ayat jemput dalam paksa .
Program berjalan lancar
Walaupun peserta hampir 30 orang yang tidak datang, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Ibu bapa kelihatan gembira dan berpuas hati dengan program tersebut. Dan saya terharu kerana Penolong Kanan Pentadbiran turut hadir walaupun kelihatan beliau kurang sihat. Saya terfikir seketika, kalau program ini berbayar mungkin peserta kurang daripada 20 orang, bayar atau tidak bayar, lebih baik tak minta bayaran kalau PIBG atau pihak sekolah mampu.
No comments:
Post a Comment