Tertduhnya Cikgu gangguan seks
Kisah ini berlaku hampir 4 tahun yang lalu. Hari itu cuara redup walaupun masih awal 10 pagi. Tahun pertama saya disekolah saya menjadi guri sesi pagi. Walaupun agak berat untuk membuka mata diwaktu pagi tetapi apabila mata disentuh oleh angin ketika menunggang motosikal ke sekolah, mata akan mudah menjadi segar. Lebih kurang jam 11 pagi (mengikut catatan diari saya ). Sebuah kereta polis parking didepan bilik saya. Murid di dalam bilik saya menjadi gelisah apabila melihat kereta peronda polis parking di depan bilik saya. Ada yang bangun sebagai tanda teruja melihat kereta tersebut.
Dua pegawai berpakaian lengkap keluar daripada kereta tersebut. Paling aku kagum ada pistol di sisi pinggang mereka. Berapa orang yang telah terkena tembakan polis tersebut ?Bisik hati tu sendiri. Polis tersebut terus pergi ke pejabat sekolah. Aku sebenarnya tidak terkejut sangat dengan kehadiran pelawat ke sekolah. Semua pernah datang ke sekolah , polis bomba, askar,penjual sayur dan tidak kurang juga penjual insuran yang sering masuk melalui pintu belakang sekolah.
Dua jam kemudian, seorang guru yang aku kenal bernama Cikgu Badul (bukan nama sebenar ) masuk ke dalam kereta . Kelihatan cikgu Badul tenang sekali. Waktu itu cikgu Badul bendahari PIBG, perkara yang pertama terlintas di benak fikiranku mungkin cikgu Badul telah menyalahgunakan duit PIBG sehingga ditangkap polis untuk disoal siasat atau polis tersebut kawan cikgu Badul, dan mereka keluar untu pergi minum teh dikedai berdekatan. Ada juga murid yang bertanya kepada aku kenapa cikgu Badul dibawa polis, Aku jawab ringkas , polis itu kawan cikgu Badul. Aku membiarkan sahaja kereta polis itu pergi membawa cikgu Badul tanpa mahu berfikir panjang apa ceritanya.
Kesokkan harinya
Keseokan harinya di kantin sekolah, hangart cerita bahawa cikgu Badul dibawa ke Balai Polis kerana disoal siasat kes gangguan seksual kepada seorang murid. Versi pertama cerita ini cikgu Badul sering membawa murid tersebut balik ke rumahnya dan ketika itu berlaku gangguan seksula mungkin dalam bentuk rabaan. Versi ke dua lagi jijik untuk aku mendengarnya cikgu Badul telah melakukan sek oral. Paling aku tidak sangka seorang guru lelaki mengatakan lebih kurang dialog begin “ tu lah tak kawen sangat, dah tahan budak pun dia main” seolah-olah dia mengiyakan berita tersebut. Dan ada beberapa orang cikgu menyampuk dengan gelak seperti tidak ada apa-apa perkara sensitive.
Keesokkan harinya lagi
Surat khabar Berita Harian ada melaporkan dengan laporan agak samar, seoarng guru yang mengajar di Klang terlibat dengan ganggun seksual kepada muridnya. Tanpa merujuk sekolah mana- mana sekolah. Dengan semangat seorang cikgu lelaki menunjukkan kepada aku berita itu . Aku diam sahaja dan bertanya berfikir aku ,, beginikah cikgu disini berkawan?, seolah-olah berita kesusahan kawan dibuat bahan jenaka dan menjadi gelak tawa di kantin sekolah sahaja. Ada yang marah kepada cikgu Badul seolah-olah dia telah melakukan perkara terkutuk itu, padahal baru dituduh.
Beberapa hari selepas itu
Versi terbaru cerita tersebut bahawa cikgu itu hanya sms yang berunsur lucah sahaja. Dan ayah murid tersebut membuat aduan polis. Ada juga cerita yang mengatakan ada dendam dengan cikgu tersebut dan ada juga cerita yang mengatakan ayah murid tersebut sahaja ingin mengungut cikgu tersebut supaya diberi wang kalau mahu kes tersebut ditutup. Aku seorang yang sensitive dan faham dengan tekanan yang dihadapi guru tersebut, Bagi aku apa yang berlaku padanya bukan bahan jenaka atau bahan untuk ketawa di kantin sekolah. Aku hanya sms kepada cikgu tersebut mengatakan semoga keadaan cepat baik dan banyak bersabar. Dia membalas padaku dan mengucapkan terima kasih. Sebenarnya aku takut dan tidak suka dengan cara cikgu-cikgu ketiak itu apabila kawan menghadapi masalah sedemikian. Makhamah belum memutuskan dia bersalah dan dia digantung kerja sepanjang perbicaraan tersebut, Gajinya disekat. Untuk membiayai hidupnya cikgu tersebut bekerja sebagai juruwang disebuah pusat membeli belah dan cerita terbarunya aku pun tidak tahu. Dia telah menukar nombor telefonya, Bersalah atau tidak hanya Tuahn yang tahu tetapi sebagai kawan tidak patut terus menghukum kawan. Aku yang menggantikan kelas cikgu Badul dengan mengajar subjek Matematik. Ramai anak muridnya bertanya kemana cikgu Badul. Susah juga aku mahu menjawabnya, Dan dengan nada tidak bersalah aku mengatakan cikgu Badul menyambung pelajarannya ke Jepun. Beberapa orang murid ber oooo panjang kagum dengan cikgu Badul.
6 comments:
semoga sahabat ini tabah menjalani hidupnya....sahabat ini banyak menolong aku
amin ..harap2 begitu aku sedih sangat bila terkenangkanya
Kebebasaan akhbar & peranan masyarakat zaman ini memang MAHA HEBAT drpd hakim - mampu mendahului & menjatuhkan hukuman waima seseorang itu belum disabitkan kesalahan di mahkamah.Tengok tu..betapa besarnya pengaruh mereka ini..............
perangai kakitangan kerajaan,x kira la jabtan apa,jawatan apa,terutamanya MELAYU KITA,sangat SUKA & GEMBIRA bila sahabat satu tempat kerja ditimpa masalah atau musibah..sampai pencen perangai x berubah,x sedar langit tu x selalunya cerah!
aku teringat peristiwa itu..sebulan selepas itu dia dok PPD klang utk sementara waktu selalu gak melawat bersama teman memberi sokongan moral...cikgu cikgi yg lain biasalah..byk gak peristiwa yg aku alami di situ...fitnah, ngumpat yang paling teruk mengkambing itam kan orag sehingga aku berdoa supaya aku ditempatkan di sekolah yg lebih baik..doa di makbulkan..
Alhamdulillah.. bebas dah..
Post a Comment