Wednesday, April 27, 2011

Abang pergi seketika

Semalam saya bertolak dari kampung meninggalkan isteri tercinta. Isteri saya hantar tempat perhentian bas. Wajah senyum isteri saya tidak seperti biasa seolah-olah tidak merelakan saya meninggalkannya. Saya ketika itu suami yang serba salah. Isteri saya mencium tangan saya sebelum saya naik bas. Hiba saya bertambah dan sesungguhnya perasaan ini jarang berlaku pada saya sepanjang perkahwinan ini. Walaupun saya tahu pemergian saya akan kembali dan bukanya pergi berjuang seperti perajurit yang mempertaruhkan nyawa. Cuma saya mengorbankan masa seketika disaat isteri saya memerlukan .Isteri saya seorang yang ceria dan jarang menunjukkan wajah yang kurang menyenangkan walaupun dalam keadaan susah. Kalau dia gembira dia akan senyum penuh dan kalau sedih akan senyum separuh tetapi masih dalam keadaan senyum.

Saya faham dalam benak fikiran isteri saya seribu kerisauan memikirkan detik akan melahirkan anak. Ini pengalaman pertamanya meneruskan tradisi fitrah menanggung perit sakit ketika melahirkan seorang manusia . Dan pada saat itu keberadaan suami disisi amatlah perlu untuk mendapat semangat daripada suami. Sepanjang perjalanan saya di atas bas penuh dengan perasaan yang kurang senang dan kadang-kadang saya berfikir saya seorang suami yang kurang bersimpati dengan kesusahan isteri saya yang sedang sarat.
Setiap pusiangan roda bas berputar meninggalkan jauh isteri saya seolah-oalah fikiran saya turut berputar memikirkan perkara entah apa-apa. Semakin difikir semakin serabut. Mungkin hasutan syaitan menggangu jiwa alam keresahan.

Saya bukan seorang suami yang pandai berpesan lebih-lebih. Tak ada pesanan istimewa mahupun ayat-ayat cinta buat isteri saya melainkan meminta dirinya banyak membaca al-quran , solat hajat dan minum air zam-zam serta air bacaan doa alquran pelajar pondok kandis. Saya berharap semangatnya kuat menempuh hari mendatang walaupun penuh kerisauan tetapi masih berserah padaNya yang Maha Kuasa. Saya tahu dia tidak dapat membaca catatan saya kerana di kampong isteri saya tidak ada internet tetapi mungkin dia dapat membacanya nanti…

Monday, April 25, 2011

Senyumlah Wahai Cikgu



Lirik Lagu Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Lagu ini saya dengar di radio semasa memandu balik ke kampung. Saya ingin tujukan lagu ini kepada semua guru Malaysia yang tidak pernah jemu melayan anak murid dengan penuh kesabaran dan penuh kepedagogian. Tambahkan senyuman dalam hidup kita. Kalau cikgu tua kalau suka senyum nampak muda, kalau cikgu muda suka senyum lagi nampak muda. Cikgu yang kurang cute kalau suka senyum nampak cute, cikgu yang memang cute suka senyum bertambah cute. Pastikan cikgu-cikgu dan pentadbir sekolah tambahkan senyuman supaya kita semua mendapat pahala sedekah . Garang dalam senyum...

Sunday, April 24, 2011

Balik Kampung @ pergi aktiviti koko

Pagi semalam saya bertolak dari Klang ke kampung halaman tercinta. Balik kampung kali ini bukan sekadar suka-suka untuk menikmati udara kampung yang segar serta suasana damai tetapi bertujuan untuk menghantar isteri saya yang akan melahirkan anak. Kebetulan pada hari sama ada aktiviti kokurikulum disekolah yang wajib dihadiri oleh setiap guru. Saya telah menghantar sma kepada PK KOKO sekolah saya dan memaklumkan saya tidak dapat aktiviti koko kerana hal yang saya nyatakan seperti di atas. Sms saya sampai tetapi tak ada respon. Mungkin PK KOKO saya tidak ada kredit yang mencukupi untuk membalas sms saya. Dan kalau PK KOKO sekolah saya ingin membuat sesuatu yang simple tetapi cukup mengharukan saya dia boleh membalas sahaja sma tersebut “ Saya doakan perjalanan cikgu selamat dan semoga isteri cikgu selamat melahirkan baby.” Kalau dia sms seperti ini satu Malaysia saya akan jaja cerita kebaikan PK KOKO saya yang perihatin dan pandai mengambil hati cikgu.

Perjalanan balik ke Kelantan suatu yang memenatkan. Perjalanan yang mengambil masa 6 ke 7 jam di atas jalan raya yang bengkang bengkok terutama suautu kawasan yang dinamakan Bukit Tujuh membuat saya berfikir banyak kali untuk memandu balik. Saya bertolak jam 7 pagi lagi dan saya selalu berhenti di Gombak untuk isi minyak dan juga menikmati sarapan pagi di Mc Donald. Perhentian seterusnya di R N R Gua Musanag untu makan tengah hari dan juga solat Jamak Takdim. (Solat Zohor dan juga Solat Asar ) Begitulah rutin saya kalau balik ke kampung. Sebelum isteri saya mengandung boleh juga saya meminta dia memandu separuh perjalanan tetapi memandangkan dia pun sarat mengandung hanya tidur sahaja disebalah saya dan kadang-kadang saya hanya bercakap seorang diri saya tengok-tengok dia telah tertidur. Saya faham orang mengandung selalu cepat letih tambahan menunggu hari ingin melahirkan anak. Cuaca sepanjang perjalanan pun merestui kepulangan saya redup dan hanya panas sediki sahaja.

Kadang-kadang ada juga terlintas difikiran saya kalau isteri saya tiba-tiba sakit perutdan ingin meahirkan anak seperti kisah Norman Hakim seorang pelakon terkenal tanah air yang menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta . Kalau perkara tersebut berlaku kepada saya entah apa yang saya akan lakukan . Tetapi Alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 5 dalam keadaan yang selamat . Anak kami mungkin lahir seminggu lagi.

Thursday, April 21, 2011

Obesiti murid disebabkan nasi lemak ?



Semalam saya menonton Buletin Utama berkenaan isu obesiti murid disekolah. Sudah 3 malam buletin utama menyiarkan berita berkenaan obesiti atau kegemukan murid. Menariknya,isu ini dikaitkan dengan nasi lemak sebagai salah satu penyebab obersiti murid. Tidak dinafikan nasi lemak mungkin salah satu punca kegemukan dan sekaligus pihak sekolah diminta memantau penjualan makanan di kantin sekolah. Lebih menarik lagi ada cadangan guru perlu mengira BMI murid. Tapi hanya cadangan .

Nasi Lemak

Pada tahun 2007 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan. Begitu hebat penangan nasi lemak. Selama saya tinggal di Klang hanya satu kedai yang menjual nasi lemak yang boleh dikatogoti gred A. Terasa kelemakanya dan hargnya pun berbeza daripada nasi lemak yang kurang lemak. RM 2.00 nasi lemak dengan telur mata kalau tambah ayam RM 4.00. Memang agak mahal tetapi rasa sedap dan lemaknya membuat pelanggang melupakan tentang harga buat seketika yang penting rasanya sedap. Harga santan pun mencecah RM 8.50 sekilo.

Nasi Lemal Disekolah

Semalam selepas makan sempat saya memantau nasi lemak yang dijual disekolah . Harga Cuma RM 1 sahaja. Nasi tak sampai segenggam dan ada telur yang dibahagi empat dan dua hiris timun. Daripada pemerhatian kasar saya, warna nasi tersebut pun saya dan boleh agak kurangnya lemak pada nasi lemak tersebut. Bukan apa harga santan RM 8 sekilo kalau buat terlebih lemak tidak untung dan saya tengok murid-murid yang makan nasi lemak tersebut biasa-biasa sahaja. Tak ada masalah obersiti. Ada juga murid disekolah saya yang obersiti tapi saya yakin punca obersiti tersebut bukan berpunca daripada makan makanan disekolah. Nasi lemak yang harga RM 1 sebenarnya nama sahaja nasi lemak tapi rasanya tidak lemak.

Lepak kat Carrfour dan Teh Tarik

Semalam hujan renyai-renyai, selepas saya makan malam dan berehat menonton televisyen , seorang kawan sms dan mengajak saya minum teh tarik. Mungkin cuaca malam yang agak dingin ini akan terasa lebih nikmat menghirup teh tarik yang panas sambil mendengar titis hujan jatuh ke bumi menghempas bumbung kedai mamak.

Tiba-tiba disebelah saya, ada seorang murid bersama keluarganya baru sampai dan sedang order minuman dan makanan. Pada mulanya saya tengok murid tersebut (Seingat saya darjah 4) makan roti canai telur dengan teh tarik dan kemudian sampai pula pesanan mee goreng begitu berminyak . Sepinggang mee dan roti canai berjaya dihabiskan oleh murid tersbut dengan lahap sekali. Ibu dan ayahnya hanya tersenyum melihat anaknya yang kekenyangan. Mungkin ini punca obersiti. Bisik hati saya yang hanya minum teh tarik sahaja.

Obersiti murid

Tidak adil kalau ibu bapa menyalahkan penyakit obersiti anak mereka berpunca daripada makanan disekolah semata-mata. Banyak faktor lain yang lebih kukuh. Terutama jadual makan malam anak-anak dan makanan-makanan yang lain di makan dirumah. Ada kelurga budaya makan terlalu ketara ,Sambil tengok tv sambil makan, sambil ulangkaji sambil makan, sebelum tidur makan lagi. Mimpi pun mimpi makan. Begitulah biasanya.

Tuesday, April 19, 2011

Kristian@Islam Isabella sebuah Novel bermutu



Pada catatan pagi Ahad saya ada tertulis berkenaan sebuah novel yang bertajuk Isabella. Nama Isabella mungkin tidak asing lagi nama di Malaysia terutama ada lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Search dan lirik lagu tersebut ditulis oleh penulis lirik yang terkenal iaitu saudara Bob Lokman. Sekarang Saudara Bob Lokman sibuk menuntut ilmu agama dan kalau tengok perwatakan dan penampilan saudara Bob Lokman sekarang tidak ubah seperti seorang ustaz.Tidak hairan cicit Tok Kenali ini mengubah cara hidup dan persepsi hidup kerana mungkin berkat doa Tok Kenali yang selalu mendoakan supaya dikurniakan keturunan yang baik.


Novel Isabella


Dalam tahun ini sebuah sahaja novel yang saya baca, sebuah novel yanG hangat diperkatakan iaitu Interlok. Sehingga dipolitikkan isi kandungan novel ini walaupun telah diterbitkan 40 tahun lepas. Pelik pula kenapa baru tahun ini menjadi isu politik dan kononya novel tersebut menyentuh sensitivitI kaum tertentu. Mengapa tidak 40 tahun lepas? Aneh

Sebenarnya saya telah meMbeli novel ini sebulan yang lepas tetapi belum sempat membacanya sehingga hari Sabtu yang lepas mempunyai keluangan masa. Tetapi saya tahu novel ini mempunyai kualiti sehingga telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. Asal novel tersebut dalam bahasa Urdu, kemudian diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan seterusnya ke dalam bahasa Melayu Indonesia dan seterusnya diedit ke dalam bahasa Melau versi Malaysia. .

Novel ini mengisahkan seorang gadis kristian bernama Isabella, anak ketua paderi yang terkanl di Cordova sebuah banbar yang indah dan penuh dengan sejarah Islam. Isabellah seorang anak gadis yang sentiasa mencari kebenaran dalam agama dan sentiasa mengkali prinsip-prinsip agama Kristian yang dianuti oleh keluraganya. Hinggalah datangny sebuah cahaya kebenaran di mana satu keraguan menyusupi hidupnya entang kejanggalan agama Islam. Dia dengan berani menentang bapanya walaupun diseksa . Dalam novel ini setiap hujah yang dikemukakan oleh Isabella dalam melwan hujah Kristian mempunyai rujukan yang lengkap. Penulis yang mahu menulis novel ini bukan hanya sekadar boleh membuat imaginasi dan kebolehan menulis tetapi mempunya rujukan yang lengkap untuk menghidangkan sebuah novel yang berisi. Kepada cikgu yang berminat untuk membaca novel saya syorkan novel ini. Ceritanya menarik dan kandungannya mempunyai isi.

Sunday, April 17, 2011

Catatan Pagi Ahad



Pagi Ahad yang indah . Seawal pagi lagi saya bangun hari ini. Mungkin semalam terlebih tidur. Saya tak sengaja tidur semalam , begitu leka membaca sebiah Novel yang bertajuk Isabella, kisah seorang perempuan Kristian memeluk Islam sampai saya terlena di sofa. Biasanya kalau pagi Ahad saya bangun agak lewat sedikit , selewat jam 9.30 pagi atau 10.00pagi. Hari ini berasa rajin untuk membasuh pakaian dan mengambil alih rutin isteri saya. Memang niat nak basih baj dan meringankan beban isteri saya yang tidak sampai sebulan akan melahirkan anak kami. Kalau boleh saya mahu dia rehat secukupnya . Ada juga terfikir untuk memasak dan menghidangkan untuk isteri saya tetapi buat masa ni saya tidak mampu lagi. Banyak resepi yang saya tidak tahu. Dan menahukan diri. Cuma saya akan ajak isteri saya makan kat luar kalau dia nampak keletihan. Ahmad Tom Yam atau Aman Tom Yam.

Tekanan Hidup

Semalam saya jumpa seorang kawan secikgu dengan saya. Banyak kami bercerita yang seperti biasa selalunya aka ada cerita berkenaan dengan tekanan dalam hidup. Hidup tanpa tekanan tak ceria dan mencabar terutama cikgu yang selalu melayan murid-murid di alam globasasi yang penuh dengan karenah. Seorang pakar Psikologi ,Pamela Butler mengatakan 5 tekanan atau kepercayaan yang bahaya dan boleh merosakkan diri seseorang. Amat menarik sekali kajian beliau untuk dikongsi bersama

1. Tekanan mahu melakukan kerja dengan sempurna.

Kerja apapun memang ramai watak ni. Memang ada sikap sebegini yang menuntut seseorang untuk melakukan setiap benda dengan sempurna dari sebesar-besar perkara sehingga perkara kecil. Semua nak sempurna. Tanpa disedari sikap tersebut memberi tekanan pada dirinya dan mem buat dia tidak percaya pada orang lain . Dirinya sentiasa risau. Kalau di sekolah saya, memang dapat agak siapa yang tertekan dengan sikap ini.

2.Tekanan Mahu cepat

Semua perkara mahu disiapkan dengan cepat

3. Tekanan supaya sentiasa dilihat kuat selalu

Sikap ini men menyebabkan seseorang tidak suka meminta pertolongan orang dan dia sukar menerima kekalahan. Dia tidak mengakui dalam hidup ini adakalanya kita berasa lemah,sedih, kesal kecewa dan sebagainya.

4. Tekanan supaya sentiasa mejaga hati dan perasaan orang lain

Tk sangka saya sebenarnya sikap ini juga boleh member tekanan kepada kita. Menjaga perasaan orang adalah perkara yang baik ,tetapi tidak boleh menyangka apabila tidak menjaga perasaan orang lain akan dianggap tidak berguna kepada orang lain.

5.Tekanan supaya seseorang itu sentiasa berusaha sedaya upaya dalam setiap perkara yang dilakukan.

Tekanan ini menyebabkan seseorang sanggup memikul tanggungjawab lebih daripada kemampuannya.

Sama-samalah kita renung diri kita fikir apa yang menyebkan kita tertekan dan gantikan tekanan tersebut dengan tekanan lebih realistic . Kita makhluk yang serba kurang dan untuk menjadi sempurna agak sukar tetapi buatlah yang terbaik mengikut kemampuan kita . Wassalm.

Saturday, April 16, 2011

Bayar@percuma

Bayar@tak bayar

Baru pagi tadi selesai program motivasi yang diancang oleh PIBG. Nama program tersebut Gilap Mutiara. Analogi disebalik nama program tersebut sesuatu yang bernilai dan perlu gilap lagi untuk menyerlahkan pada emas tersebut. Kalau emas tersebut digilap lagi kelihatan bernilai emas tersebut. Program tersebut dibiaayi sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Makan percuma dan untuk ditambah lagi keselesaan program tersebut dijalankan di dewan masjid . Agak selesa berbanding dengan dewan sekolah yang berubah-berubah menjadi kelas.Esok jadi dewan dan esok kemudian menjadi kelas. Kelas tak cukup , oleh yang demikian untuk mengelak murid daripada belajar dibawah pokok pihak sekolah terpaksa jadikan dewan sebagai kelas.



Motivasi murid

Program sebegini bertujuan untuk memberi murid motivasi dan kesedaran supaya mereka lebih rajin untuk belajar. Dua kali program ini terpaksa diubah tarikh kerana bilangan peserta tidak sampai 50 orang. Ayat di dalam surat jemputan kepada ibu bapa cukup puitis sekiranya ibu bapa sedar. Lebih kurang berbunyi begini.

“Kami sangat berharap ibu bapa dapat hadir bersama-sama anak yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Program ini adalah percuma dan dirancang demi kecemerlangan anak di bawah jagaan tuan /puan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk hadir ke program ini amatlah dialu-alukan. Tanpa kehadiran dan sokongan daripada pihak tuan/puan, program-program kecemerlangan untuk anak-anak tuan/puan tidak akan berjaya dilaksanakan.”

Ini sahaja ayat yang mampu saya tulis dengan memberi penekanan kepada program percuma dan program ini dirancang untuk kecemerlangan anak tuan/puan. Pada mulanya saya ingin membuat ayat tuan/puan diwajibkan ke program tersebut tetapi atas nasihat guru tahun enam mengatakan bahawa sekiranya membuat ayat demikian takut-takut mendapat aduan bahawa pihak sekolah memaksa . Kalau bab membuat aduan memang kreatif.Oleh yang demikian saya menggunakan ayat jemput dalam paksa .

Program berjalan lancar


Walaupun peserta hampir 30 orang yang tidak datang, Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Ibu bapa kelihatan gembira dan berpuas hati dengan program tersebut. Dan saya terharu kerana Penolong Kanan Pentadbiran turut hadir walaupun kelihatan beliau kurang sihat. Saya terfikir seketika, kalau program ini berbayar mungkin peserta kurang daripada 20 orang, bayar atau tidak bayar, lebih baik tak minta bayaran kalau PIBG atau pihak sekolah mampu.

Makan kat kedai@makan kat rumah




Makan kat kedai@makan kat rumah

Dahulu sebelum saya berkahwin saya tinggal rumah sewa bersama 3 rakan yang lain. Jadinya berempat bersama saya. Ketiga-tiga kawan saya yang lain telah berkahwin . Dua orang mempunyai anak satu dan seorang mempunyai anak 4 .Semuanya berjauhan dengan isteri dan hanya hari minggu balik ke rumah untuk bermesra dengan isteri.(Harap ayat ni sesuai). Rumah sewa kami tidak pernah berasap dapur atau dengan kata lain kami tak pernah masak. Bukan tak pandai masak atau suka makan di kedai makan tetapi jawapan yang lebih tepat rumah sewa kami tak ada dapur sebab tak beli dapur. Bukan dapur sahaja tak ada tetapi peti sejuk pun tak ada. Yang ada Cuma cerek pemanas air sahaja. Bukan juga tak mampu tapi mungkin kami berharap tidak akan lama tinggal dirumah sewa itu.Begitulah hampir tiga tahun dapur tidak pernah berasap.

Isteri masak


Isteri saya rajin memasak. Cakap apa sahaja dia boleh masak.Telur goreng mata kerbau, telur dadar, sardine dan pelbagai lagi. Dia memang tak suka makan di kedai makan , katanya makanan kat kedai terlebih ajinomoto yang boleh menyebabkan otak lembab dan rambut gugur. Saya pun setuju dan mungkin salah satu sebab rambut saya sekarang semakin gugur. Biasanya isteri saya akan beli lauk dan sayur di pasar malam. Bukan sebab mahal atau murah, kalau nak barang murah Tesco kadang-kadang lagi murah lauk dan sayur berbanding pasar malam . Terasa juga ingin menolong pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang menjual kat pasar malam terutama yang Melayu. Memang kadang-kadang kedai Melayu mahal sedikit tetapi apa salahnya tolong kawan. Kadang-kadang memang saya tahu sayur atau lauk yang dijual lebih mahal daripada tempat lain, tapi sengaja buat-buat tak tahu dan saya niat sedekah sahaja. Nak bagi sedekah duit nampak sangat saya pemurah. Saya, daripada dulu sehingga sekarang memang tak reti bab tawar menawar , main ambik sahaja. Kadang-kadang isteri saya tegur juga tapi saya kadang-kadang tawar menawar juga tapi kadang-kadang sahaja ambil hati orang tersayang.

Duit Dapur

Setiap bulan ,pengurus dan merangkap setiausaha saya akan sediakan RM 300 sebulan untuk membeli barang-barang dapur. Pada bulan pertama memang hampir-hampir tak cukup. Perlu beli beras, gula, gas dan macam-macam lagi. Bulan seterusnya terlebih cukup. Beras 5 kilogram dua bulan belum habis lagi , begitu juga dengan gas. Cuma gula cepat habis sikit. Saya suka manis. Semua benda saya nak manis. Harap-harap dan doa saya minta juah daripada kencing manis.

Makan kat Luar sahaja

Air pantai ada pasang surut begitu juga dengan selera dan mod. Bukan isteri saya tak pandai memasak dan tidak sedap masakannya tetapi sekali dua kala terasa ingin makan di luar terutama datang terfikir masak pun hanya kami berdua sahaja buat kotor dapur sahaja lebih baik makan kat luar. Fikiran ini selalu dan sengaja terlintas terutama awal bulan dan pada hujung bulan fikiran kami berubah. Menyimpan duit sangat penting dan lebih baik makan di rumah sahaja, air teh o pun harga dah RM 1 manakala air suam 20 sen. Baik makan dirumah, dapat jimat duit sikit. Begitulah biasanya..

Thursday, April 14, 2011

Maktab@Universiti


Maktab@Universiti


Saya sempat merasa dua tempat belajar yang berlainan. Satu tempat untuk belajar mendapat ijazah satu tempat belajar untuk menjadi guru walaupun dapat Diploma Pendidikan tetapi bagi saya tujuan masuk maktab waktu itu semata-mata untuk menjadi guru. Semua dalam maktab guru. Apabila berada di maktab memang sudah ada matlamat apabila tamat belajar di maktab.Penamatnya menjadi seorang guru atau pegawai pendidikan. Waktu belajar di universiti dulu belajar untuk mendapat Ijazah dan masih kabur lagi cita-cita . Walaupun sudah ada cita-cita semenjak dari kecil tetapi semakin hari semakin tersasar dari cita-cita. Cita-cita saya ingin menjadi pelukis .Melampau dan berseni bunyinya. Tetapi itu cita-cita. Cita-cita kadang-kadang sama dengan cinta. Bercinta dengan orang lain tapi jodoh dengan orang lain. Bercinta dengan pakwe miskin dan kahwin dengan pakwe kaya. Selalunya begitu dan takdir dan jodoh alasan utama.

Susana berbeza


Selepas habis belajar dan saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Kerja biasa sahaja tak pelu pakai kasut hitam, baju lengan panjang atau berambut potongan kemas. Semuanya berkonsepkan simple sahaja asalkan kemas dan sedap mata memandang . Jauh sekali ada pekeliling yang menghadkan pemakaian ketika itu.

Mahu tidak mahu saya beli semua baju dan seluar yang sesuai untuk menjadi warga pendidik. Bangun pagi untuk kerja sudah menjadi perkara biasa begitu juga menghirup asap-asap dari kenderaan diwaktu pagi sudah menjadi rutin. Saya pergi kerja dengan motor dan jarang bersarapan pagi. Asap-asap kenderaan lah yang akan memasuki perut saya seawal pagi melalui rongga hidung saya.

Perkara yang sukar saya nak lupa semasa di maktab ialah perhimpunan pagi setiap pagi yang dimulai dengan nyanyian lagu negaraku. Kali pertama saya berdiri diperhimpunan pagi dengan pakaian seorang guru yang lengkap dengan tali leher seolah-olah saya berada di alam sekolah kembali.Dua tahun saya bekerja dan tak pernah menyanyi lagu negaraku tetiba menyayi kembali seperti zaman sekoah dahulu. Dan mendengar ucapan pengarah maktab yang selalu menyebut kemenjadian guru. Setiap hari mendengar benda yang sama-sama kadang ada juga terasa bosan.

Dewasa dan remaja

Dari masuk universiti masuk ke maktab. Dan kawan saya yang ada diploma sambung belajar melalui proses terbalik apa yang saya alami. Dari maktab ke universiti. Alhamdulillah kerajaan telah memberi pelajaran percuma untuk cikgu-cikgu yang mempunyai Diploma Pendidikan untuk menyambung belajar ke peringkat Ijazah. Masa masuk universiti dulu zaman remaja ,penuh pergolakan jiwa.Mana nak belajar dan kadang masa untuk bercinta dan berkawan.Tapi zaman itu seronok, penuh pengalaman yang berharga.Masuk ke maktab suasana dah berubah. Sudah menjadi dewasa dan berfikir pun tahap matang bukan kebudak-budakan . Kawan-kawan yang masuk maktab , ada yang dah berkahwin dan bertunang tunggu masa untuk berkahwin. Pengalaman sebelaum menjadi cikgu diguna sepenuhnya untuk adaptasi kehidupan di maktab. Maktab atau universiti semuanya seronok dan memberi pelbagai pengalaman berguna. Pengalaman bersajak dipentas KTDI UPM dan bersajak dipentas IPRM(Institut Perguruan Raja Melewar) masih dalam ingatan dan hanya gambar jadi kenangan.

Wednesday, April 13, 2011

Menang@Kalah bahagian dua


Menang@Kalah bahagian dua

Tibalah masa pertandingan


Waktu pertandingan adalah waktu yang mendebarkan dan boleh memberi tekananan jiwa kepada cikgu terutama yang melatih murid dengan pelbagai teknik. Harapan untuk menang sudah menjadi kebiasaan dan balik dengan kekalahan sudah menjadi rutin. Perlawanan pertama ,pasukan lelaki dn perempuan okey dan menunjukkan persembahan yang baik dan membuat cikgu menaruh harapan akan separuh akhir terus.

Perlawanan kedua, menarik untuk dikongsi kehebatan pasukan sekolah, mendahului mata 12-21 dan mata penamat 25 tetapi pasukan lawan dapat mengejar sehingga dapat mata yang sama 21-21 dan akhir kekecewaan menimpa diri cikgu dan pemain, peluang untuk menang terbuka luas tetapi tidak digunakan dengan baik dan ada pemain yang bermaian untuk main-main macam latihan. Akhirnya pasukan lawan dengan bergaya

Balik Sekolah dengan Kalah

Membawa khabar kekalahan sudah biasa dan kawan-kawan pun tidak akan terkejut, kalau memang terkejut. Apa-apa kekurangan pada tahun ini akan diperbaiki dan ada sedikit kegembiraan pasukan bola tampar kali ini ada kemajuan dan bukan lagi pasukan belasahan. Nama pasukan sekolah Rantau Merantau sudah ada peningkatan dan paling kagum untuk pasukan lelaki hampir mengalahkan pasukan juara bertahan dengan mata 20-25. Keputusan yang baik dan ada peningkatan. Ini sahaja ubat kekahan .

Cikgu Yang Ganti Kelas

Terima kasih kerana cikgu dan cikgi yang sudi ganti kelas guru yang mengiringi murid ke perlawanan bola tampar. Mengiringi murid ke perlawanan se awal jam 8.00 padi perlu ada di dewan permainan dan balik hampir pukul 5 petang bukan sesuatu yang menjadi pilihan.Kalau diberi pilihan seronok mengajar di dalam kelas lagi dari mengiringi murid ke perlawanan yang penat berganda. Hanya Allah yang mampu menbalas jasa kalian .Terima kasih cikgu yang menghantar murig Cikgu Kamrul dan Shamari.

Menang@Kalah

Menang atau kalah adat permainan, pasukan yang menang bukalah nasib semata-mata tetapi atas kesungguhan yang telah dilakukan. Yang kalah mungkin ada kelemahan yang perlu dikenal pasti dan diperbaiki. Yang penting mencuba dan terus mencuba. Begitulah biasanya. Wassalam

Menang @ Kalah Bahagian Satu

Menang @ Kalah

Jurulatih bola Tampar. Part 1

Kali ni saya nak bercerita berkenaan pengalam mengurus dan meltih pasukan bola tampar sekolah. Jurulatih utama bola tampar sekolah saya seorang guru yang memang berpengalaman dalam bidang bola tampar dan pernah mewakili pertandingan bola tampar peringkat negeri. Saya kagum dengan kesungguhan cikgu Razol yang berusaha melatih pasukan bola tampar sekolah saya tiadk kira waktu cuti sekolah termasuk Sabtu Ahad dan juga cuti sekolah demi menaikan nama sekolah. Rumahnya dari sekolah tak kurang 50 kilometer berulang ke sekolah sewal jam 8.pagi sudah memulakan latihan terutama pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sedia maklum sekolah memang tak ada bayaran over time atau claim minyak untuk datang sekolah melatih murid. Itu biasa tetapi saya yakin dengan semangat, minat wang bukan menjadi perkara utama , yang penting mencurah segala kemahiran yang ada demi menaikan nama sekolah dan membawa murid-murid ke suatu tahap dalam bidang sukan. Kalau berharap elaun mahupun claim agak susah ,kalau dapat memang ajaib dan mimpi indah.

Pemilihan Murid

Sekolah kami mempunyai murid yang ramai, 3ribu lebih murid yang menuntut ilmu di sekolah kami. Tapi bakat sukan dalam bola tampar agak susah untuk mencarinya ramai murid yang suka bola sepak sahaja dan memandang bola tampar permainan kelas kedua walaupun tidak begitu. Pilih punya pilih akhirnya kami dapat 24 orang pemain, 12 lelaki dan 12 perempuan. Pada mulanya kami merancang untuk tidak memilih murid kelas belakang kerana mengikut pengalaman lepas murid kelas hujung cepat panic, kurang konsisten dan kurang fokus dalam bermain dan tak pandai “menipu” dalam bermain. Tapi hanya sebahagian sahaja kami dapat murid pandai yang lain murid yang jujur dalam bermain dan kadang-kadang tidak dengar kata.

Mengurus Murid

Apabila guru tidak ada disekolah , seperti biasa mesti ada guru ganti yang akan masuk ke kelas guru tersebut terutama guru yang mengajar kelas satu. Kelas murid dalam dilemma alam kanak-kanak dengan alam persekolahan kadang perangai murid kelas satu terlebih kanak-kanaknya meyebabkan guru menjadi risau kalau meninggalkan kelas walaupun bersebab seperti mahu pergi ke tandas. Beberapa minit sahaja peninggalan cikgu mereka boleh bergurau mencucuk mata kawan dengan pencil.Ini gurauan biasa dan semestinya tanpa berfikir. Mereka memang begitu.

Isunya pentadbir sekolah akan mengatur guru-guru yang akan mengantikan guru yang keluar membawa murid pergi ke pertandingan. Keberangkatan cikgu ke perlwanan kadang-kadang kelihatan seperti tidak mendapat restu yang sepenuhnya, tetapi cikgu dah biasa dengan isu ini mahu tidak mahu tak akan membazirkan tempoh latihan yang telah dikorbankan selama ini. .

Tuesday, April 12, 2011

Susah atau senang jadi cikgu



Persoalan yang sengaja saya ajukan susah atau senang jadi cikgu. Untuk jawab soalan ini saya yakin ada diantara kita yang mengatakan susah dan ada yang mengatakan senang. Mungkin ada yang kata kerja cikgu mudah sahaja , separuh hari sahaja kalau pergi sekolah jam 7.30 pagi ,pukul 1.30 petang waktu sekolah dah tamat dan cikgu mempunya masa yang lebih untuk aktiviti peribadi selepas waktu sekolah.

Ada juga cikgu yang membalas balik kenyataan di atas, kerja cikgu bukan tamat selepas waktu sekolah sahaja tetapi banyak kerja pelu disiapkan selepas waktu persekolahan seperti semak kerja sekolah murid atau kertas peperiksaan. Susah atau senang memang ada jawapannya.

Seorang petani mungkin sudah biasa dengan kerja berkaitan dengan kerja mencucuk dan menanam tetapi agak sukar dilakukan oleh seorang tukang rumah . Kesimpulannya, sesuatu kerja akan menjadi mudah atau susah akan difikir kemudian kalau kita berminat dengan bidang tersebut. Panjat gunung Himalaya atau berenang dilaut dalam memang mencabar kalau difikir logik buang masa sahaja mencipta pengalaman atau rekod-rekod yang jarang dibuat orang tetapi kerana ada minat dan kesungguhan mendalam untuk mencapai sesuatu masalah yang menghalang akan dianggap cabaran demi minat. Lebih-lebih lagi bidang tersebut menjadi pilihan bukan kerana paksaan situasi. Bebitulah ceritatanya