Saturday, September 20, 2008

Susah Nak Ingat Nama Pelajar

Susah Nak Ingat Nama Pelajar

Semasa saya sekolah rendah dahulu , jumlah pelajar satu sekolah hanya 150 sahaja, Setiap darjah hanya satu kelas sahaja. Memang agak senang nagi seorang guru untuk mengingat kesemua nama pelajar . Bukan setakat boleh ingat nama satu kelas bahkan satu sekolah pun boleh kenal. Buat masa sekarang memang saya belum mampu ingat lagi semua nama pelajar saya. Memang ramai . Jumlah semua pelajar di sekolah tempat saya bertugas seramai 3 ribu , memang satu jumlah yang besar . Pelbagai nama yang hampir sama. Rupa pun hampir sama. Satu perkara yang saya perasan nama-nama pelajar sekarang memang nama-nama modern dan sesuai dengan zaman milinium semasa mereka dilahirkan. Jarang sekali untuk berjumpa dengan nama Abdullah, Zainab mahupun Rokiah. Kebanyakkan nama digabung dengan dua nama seperti Amelia Natasya, Balqis Najwa. Manakala lelaki pula selalunya ada pangkal Muhammad seperti Muhammad Haikal Danial dan pelbagai kombinasi lagi. Kalau sebagai seorang guru , tidak cukup kalau hanya ingat setakat nama di depan seprti Muhammad. Kebanyakkan ada Muhmmad. Untuk memudahkan ingat nama pelajar baik ingat nama panggilan sahaja. Di sekolah ini setiap kelas mempunyai 40 orang . Bayangkan kalau pada setiap ahun seorang guru akan mengajar 3 kelas. Hampir seratus lebih nama pelajar yang dia perlu ingat. Memang tertukar, seperti yang kata tadi bukan setakat nama hampir sama malahan rupa pun hampir sama.

Sebagai ibu bapa memang perlu memberi nama yang cantik dengan harapan perangai secantik dan sehebat nama. Tetapi apabila nama tersebut dipanggil ia tidak menjadi seperti sehebat nama asal contohnyna Muhammad hanya di panggil Mad begitu juga dengan nama –nama lain. Nama merupakan doa. Seeloknya sebagai guru memanggil nama pelajar yang mepunyai makna semoga dengan nama yang mempunyai makna menjadi satu doa kepada pelajar tersebut.

Tidak kisah betapa susah dan ramai nama pelajar yang perlu saya ingat , saya akan berusaha untuk ingat semua nama pelajar kerana saya tahu seorang pelajar akan bangga apabila nama dia guru ingat.

No comments: