Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Cikgu




Selamat Hari Raya Cikgu

Sehari sebelum hari raya ,sekolah saya mengadakan majlis bersalam-salaman antara guru dan pelajar dan antara guru dengan guru. Majlis bertambah Mariah apabila ada lagu hari raya sebagai lagu latarbelakang. Saya rasa inilah kali petama saya bersalam sampai lenguh tangan. Bersalaman dengan pelajar seramai hampir seribu orang sambil mengucapkan selamat hari raya satu yang menyeronokkan dan melenguhkan tangan. Tapi rasa terharu apabila pelajar mencium tangan setiap guru dan mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf. Saya bersalam dengan semua pelajar kecuali dengan pelajar perempuan darjah enam. Nampak macam alim pula saya , ustaz pun besalaman dengan pelajar perempuan darjah enam .Itu saya fikir lebih baik. Bak kata orang jargan ikut cara orang , buat apa yang kita ifkir betul sahaja. Asalkan apa yang kita buat tidak bertentangan dengan agama dan adat. Pelajar darjah enam bagi saya sudah remaja dan besar. Ada yang malu-malu nak bersalaman dengan guru lelaki, maklumlah bukan semua guru lelaki dan berkahwin ada yang bujang tang tang lagi. Majlis sebegini memang wajar di adakan sempena menyambut pra raya.


Kad Raya Daripada Pelajar


Tak sangka pula , sebagai guru baru , saya mendapat kad raya daripada pelajar walaupun bukan daripada kelas saya masuk mengajar. Seronok apabila membaca kad-kad raya daripada pelajar. Lagi terharu ada juga pelajar yang membuat sendiri kad raya. Kata-kata terima kasih cikgu kerana mengajar saya membuat hati saya tersentuh hati. Begitu pelajar menghargai guru walaupun tidak ditunjuk secara lansung. Ada juga kawan saya mendapat kad raya dengan kata-kata , mengelirukan tetapi ikhlas

“ Saya bagi kad raya ini kepada cikgu sebab saya nak minta maaf sebab tak suka cikgu”

Pelik pula rasa, kalau tak suka cikgu kenapa bagi kad raya. Entahlah bebudak ni macam-macam perangai. Sebelum balik tadi ada juga beberapa orang dating berjumpa saya dan meminta duit raya. Tak tergamak pula, saya bagilah seringgit seorang . Rasa sedikit pula apabila bagi seringgit tetapi apakan daya gaji cikgu pun belum dapat lagi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya buat guru-guru yang pernah mengajar saya dan seluruh guru di Malaysia. Selamat hari raya maaf zahir batin.

1 comment:

AJ Style's said...

Selamat Hari Raya Cikgu Pengembara Lara!!