Thursday, August 2, 2012

Ramadan bahagian 3-Juadah Berbuka

Ikan pari bakar dan ulaman

Ramadan  bahagian 3

Juadah berbuka


Tidak ada seorang pun yang dapat menafikan waktu yang paling  seronok untuk menikmati makanan adalah ketika berbuka. Suara azan akan menjadi suara yang ditunggu, bukan untuk mendengar kemerduan suara bilal tetapi untuk mengetahui waktu magrib tanda berbuka puasa. Paling seronok lagi kalau dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Tetapi tidak dinafikan juga ada juga beberapa orang kawan saya yang terpaksa menikmati berbuka puasa hanya didalam kereta dengan buah kurma dan air mineral sahaja. Begitukah selalunya, sudah menjadi ala biasa tegar bisa. Tempat kerja yang jauh dengan rumah dan jalan yang jem menjadi punca terjadinya sedemikian.
Tom yam



 Juadah berbuka


Saya bukanlah seorang yang cerewat kalau bab makanan, asalkan cukup rasa insyaAllah saya  tidak komen banyak. Dan satu lagi jangan terlalu pedas. Kalau penduduk di Malaysia yang mengamalkan kepedasan dalam makanan ialah orang negeri Sembilan, nasib baik saya tidak mendapat jodoh penduduk disana kalau tidak agak sukar untuk saya menikmati makanan.

Boleh dikatakan setiap hari isteri saya akan memasak, sesampai dirumah jam 5.45 , dia akan memulakan tugasnya. Tugas saya agak mencabar sedekit daripadanya, iaitu mengawal, mengasuh dan menjaga anak sulung kami. Kerja itu semakin mencabar sekarang, putera sulung kami aka Syed Adam mulai pandai dan membijak. Sudah ada karenah mahu keluar rumah ,setipa hari diminta bawa jalan-jalan dengan motor atau kereta paling kurang bawa ke taman permainan ditaman perumahan kami. Lagaknya seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang ingin bermain buaian dengan laju tetapi kaki pun masih tidak berpijak dibumi. Saya cuba train anak saya untuk menonton televisyen, tak perlu lama kalau dapat menonton dalam 30 minit pun bagi saya dah okey, tetapi setakat ini belum berjaya lagi, 15 minit dia dah bosan dan mulalah meminta tablet atau blacberry saya untuk dijadikan permainannya.
Kalau dia dapat menonton tv  bolehlah saya baring di sofa sambil baca suratkhabar atau buku, tidaklah mencabar saya tugas saya.
ikan pari bakar



Air Berbuka Puasa


Pernah satu kali saya beli air tembikai di bazar ramadan. Warna air yang merah itu cukup menggoda untuk saya membayar air tersebut. Tapi saya apabila dibawa balik dan waktu berbuka, rasa air tersebut tidak semenggoda warnanya. Agak cair dan rasa tembikainya kurang. Manis pun kurang. Begitu juga dengan air soya yang pernah saya beli, rasa soyanya agak kurang. Pesanan saya kepada peniaga sekalian, kalau anda mahu gerai anda menjadi tumpuan banyak kali pembeli yang sama harap anda buat yang terbaik, bagi saya harga mahal sedekit tak apa asal ada kualiti. Kalau rasa air setakat cukup syarat sahaja pelanggang anda akan lari dan menanda gerai anda sebagain gerai yang dia tidak akan kunjung lagi. Bukan setakat itu sahaja ketidak sedapan jualan anda juga akan dipromosi kepada kawan-kawannya. Begitu juga kalau anda menjual makanan atau minuman dengan rasa yang luar biasa, kesedapan tersebut akan dipromosi kepada rakan-rakan yang lain dan kalaj nasib baik akan dishare di facebook lagi.

Untuk mendapat rasa air tembikai yang betul-betul tembikai saya telah membeli buah tembikai dan meminta isteri saya membuat air tembikai sendiri, rasanya memang lain tambahan lain dibuat oleh seorang isteri. Sampai sekarang kajian saintifik tidak dapat merungkai keajaiba air tangan seorang isteri. Wahai isteriku dan isteri orang lain percayalah air tangan anda ada magic yang tersendiri.
Dan ada jugan kalau tak ada air batu saya akan minum teh o panas sahaja. Air yang simple dan klasik itu memang sesuai untuk dibuat berbukanpuasa.

1 comment:

HEMY said...

sama tugasan kita..anak aku tu pn jenis xnk tgok tv lagi..bg henpon dibaling nye plak

letak walker gi ke dapur kacau mak dia plak.haishhh