Saturday, February 11, 2012

Bicara Rakyat Di Sekolah Saya







Entah bagaimana sekolah saya terpilih sebagai tempat bersidang program Bicara Rakyat. Ramai guru yang tahu program tersebut merupakan program TV 1 yang membicarakan mengenai isu semasa terutama melibatkan politik. Murid-murid ramai yang tidak tahu apa Bicara Rakyat termasuk murid dari enam arif yang bijak. Yang pasti program bicara rakyat bukan program melibatkan artis sensasi dan gosip terkini mahupun kartun. Apa aku kesah .Mungkin itu ada sesetengah murid ungkapkan. Ada diantara mereka terpegun dengan video kamera yang besar, lampu-lampu yang dipasang. Paling menarik RTM datang bersama dengan generatornya sendiri. "Lima juta tu cikgu harga generator tu "kata tuan kantin sekolah kepada aku. Aku angguk sahaja tanpa komen sebab tak ada harga terlekat pada generator tersebut.

Kerusi ahli panel bewarna merah dan prop bicara rakyat telah dibawa. Sempat juga saya melabuhkan punggung ke kerusi tersebut. Empuk dan selesa dan boleh berpusing 360 darjah. Yb Datuk Rahman palil telah datang ke sekolah untuk melihat persiapan. Memek mukanya tidak seceria semasa saya jumpa semasa beliau datang untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG. Saya faham seorang Adun sentiasa sibuk ,banyak masalah yang mahu dipertimbangkan. Dari masalah longkang tersumbat sehinggalah kepada masalah rumahtangga masayarat. Semua teradu padanya. Kalau tak dilayan melayang undi. Satu undi penentu segalanya.

Hari peristiwa murid-murid dibenarkan balik awal dan murid tahun satu dicutikan terus.
Malam itu sempat saya keluar untuk membeli burger. Memang ramai disekolah. Ramai yang telah dibawa dengan bas dan penduduk kampung yang datang mahu tengok bagaimana orang tv buat kerja. Macam mana kameraman buat kerja.

Kedai roti canai mamak dan kedai burger semua pasang saluran tv1 Bicara Rakyat. Perbicaraan Palestin atau Israel dinikmati oleh mamak dikedai dan peminum the tarik dikedai itu. " Cantik nampak dataran sekolah rantau panjang dalam tv. Kat luar biasa-biasa sahaja. "Kata seorang wanita. "Masuk tv semua cantik .artis tak lawa jadi lawa kalu masuk tv. Orang utan pun lawa".
Ramai yang berbincang berkenaan beza keadaan sekitar rantau panjang yang sebenar dan yang dalam tv. Sama tapi berbeza keranaa sekolah saya yang besar hanya dipandang dari tv 21 ke 42 inci sahaja.

Rancangan sejam tersebut disiarkan dalam tv memakan masa dua hari untuk persiapan. Saya sempat sms kakak saya di Gombak dan adik saya di kampung untuk melihat rancangan Bicara Rakyat di TV 1 siaran lansung dari dataran terbuka sekolah saya.
Keesokkan harinya dikedai mamak yang sama masih ada orang bicara tentang Bicara Rakyat di adakan disekolah saya tetapi lupa tajuk apa yang dibicara semalam. Begitulah kisaha Bicara Rakyat yang dibicarakan.

No comments: