Wednesday, February 29, 2012

Kantin Sekolah Kena Santau....


Kantin Sekolah Kena Santau....


Kantin sekolah kena santau



Selepas membayar harga makanan untuk makan tengah hari sempat saya berborak dan menemubual secara tidak lansung dengan tuan kantin atau penender kantin sekolah. Nama tuan kantin tersebut Zainal dan isrterinya Kak Ani. "Macam mana dapat tender kantin ni,rasa susah sekarang ,ada bagi hadiah pada siapa-siapa ke?" Tanya saya secara selamba walaupun soalan tersebut mungkin agak sensitif. "Tak ada cikgu, saya pun tak suka macam tu kebetulan ada kawan di ppd , dia yang panjangkan permohonan tender saya,alhamdulillah ada rezeki dapat tender ni ". Katanya. Tuan kantin memberitahu dia dahulu kerja bank, ada juga peniaga-peniaga Cina yang cuba memberi 'hadiah' supaya loan mereka diluluskan.


Cerita paling menarik. Kantin sekolah pada awalnya ada suatu benda pelik di atas bumbung. Ada kain kuning , dan ada kaca serta rambut yang masukkan dalam bekas yang agak mengerikan. Saya pun tidak sangka di zaman muka buku (facebook) dan internet masih ada pengamal-pengamal ilmu yang mengarut itu. Cikgu sekolah saya yang lain ,ada cerita penjaja tepi jalan yang menjual makanan tetapi hanya beberapa jam sahaja makanan yang dijual cepat basi dan berulat.


Ada orang sebut terutama orang Melayu ramai Phd. Bukan Phd pengiktirafan akademik dari universiti tetapi merujuk kepada singkatan Perasaan Hasad Dengki.(Ini bukan fakta tetapi cakap-cakap sahaja). Saya risau juga ada cikgu-cikgu yang ada Phd yang tak bertauliah ini. Tetapi setakat ini alhamdillah sekolah saya masih aman dengan golongan Phd yang tidak bertauliah ini.

Berbalik kepada cerita tuan kantin tadi, benda-benda yang aneh tadi telah dibuang ke laut . Benda yang tak baik elok dibuang jauh-jauh seperti dilaut.

Kedai guna pelaris jin


Mungkin kalau ada sifat dengki hanya kecil-kecilan sahaja seperti ada cakap-cakap belakang ada rakan-rakan agak relek dan ada yang terlebih jawatan ada yang selalu tidak ada disekolah sebab banyak tugasan luar ada diganti dengan guru-guru lain. Ada juga seorang kawan sekolah saya, dia mendakwa bahawa isterinya dapat "merasa" kalau kedai yang mempunya pelaris terutama menggunakan perkhidmatan jin-jin yang bukan Islan dan nakal. Mengikut katanya banyak kedai tom yam yang terdapat disekitar Klang ini yang menggunakan pelaris-pelaris yang bertentangan dengan Agama Islam. Kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya itu membuat saya takut dan hilang sedikit selera untuk makan dikedai. Kalau pergi makan saya akan baca doa makan panjang sedikit . Terbayang juga seperti yang dipaparkan di dalam televisyen jin-jin yang tak handsome kencing di dalam makanan atau minuman. Jijik dan meloyakan.

Kedai makan pelayan rambut awan nano

Tetapi ada juga kedai makan yang tidak menggunakan jin agak laku tetapi saya kurang berselera pula apabila melihat pelayan kedai yang mengambil order makanan yang mempunyai rambut ala Hafiz ala nano yang tidak memakai tutup kepala. Saya suka dengan gaya rambut yang mengikut peredaran muzik semasa itu tetapi bagi saya, kalau kita nak berniaga makanan, perwatakan yang mencerminkan kebersihan amat perlu dititik beratkan. Rambuat awan nano tidak salah tetapi , yang elok dan sebaiknya perlu ditutup dengan kemas.

Saturday, February 11, 2012

Bicara Rakyat Di Sekolah Saya







Entah bagaimana sekolah saya terpilih sebagai tempat bersidang program Bicara Rakyat. Ramai guru yang tahu program tersebut merupakan program TV 1 yang membicarakan mengenai isu semasa terutama melibatkan politik. Murid-murid ramai yang tidak tahu apa Bicara Rakyat termasuk murid dari enam arif yang bijak. Yang pasti program bicara rakyat bukan program melibatkan artis sensasi dan gosip terkini mahupun kartun. Apa aku kesah .Mungkin itu ada sesetengah murid ungkapkan. Ada diantara mereka terpegun dengan video kamera yang besar, lampu-lampu yang dipasang. Paling menarik RTM datang bersama dengan generatornya sendiri. "Lima juta tu cikgu harga generator tu "kata tuan kantin sekolah kepada aku. Aku angguk sahaja tanpa komen sebab tak ada harga terlekat pada generator tersebut.

Kerusi ahli panel bewarna merah dan prop bicara rakyat telah dibawa. Sempat juga saya melabuhkan punggung ke kerusi tersebut. Empuk dan selesa dan boleh berpusing 360 darjah. Yb Datuk Rahman palil telah datang ke sekolah untuk melihat persiapan. Memek mukanya tidak seceria semasa saya jumpa semasa beliau datang untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG. Saya faham seorang Adun sentiasa sibuk ,banyak masalah yang mahu dipertimbangkan. Dari masalah longkang tersumbat sehinggalah kepada masalah rumahtangga masayarat. Semua teradu padanya. Kalau tak dilayan melayang undi. Satu undi penentu segalanya.

Hari peristiwa murid-murid dibenarkan balik awal dan murid tahun satu dicutikan terus.
Malam itu sempat saya keluar untuk membeli burger. Memang ramai disekolah. Ramai yang telah dibawa dengan bas dan penduduk kampung yang datang mahu tengok bagaimana orang tv buat kerja. Macam mana kameraman buat kerja.

Kedai roti canai mamak dan kedai burger semua pasang saluran tv1 Bicara Rakyat. Perbicaraan Palestin atau Israel dinikmati oleh mamak dikedai dan peminum the tarik dikedai itu. " Cantik nampak dataran sekolah rantau panjang dalam tv. Kat luar biasa-biasa sahaja. "Kata seorang wanita. "Masuk tv semua cantik .artis tak lawa jadi lawa kalu masuk tv. Orang utan pun lawa".
Ramai yang berbincang berkenaan beza keadaan sekitar rantau panjang yang sebenar dan yang dalam tv. Sama tapi berbeza keranaa sekolah saya yang besar hanya dipandang dari tv 21 ke 42 inci sahaja.

Rancangan sejam tersebut disiarkan dalam tv memakan masa dua hari untuk persiapan. Saya sempat sms kakak saya di Gombak dan adik saya di kampung untuk melihat rancangan Bicara Rakyat di TV 1 siaran lansung dari dataran terbuka sekolah saya.
Keesokkan harinya dikedai mamak yang sama masih ada orang bicara tentang Bicara Rakyat di adakan disekolah saya tetapi lupa tajuk apa yang dibicara semalam. Begitulah kisaha Bicara Rakyat yang dibicarakan.