Sunday, August 10, 2008

Hari Pertama Posting

Assalamualaikum dan dalam sejahtera

Kekalutan mengejar masa…

Satu Ogos 2008 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku. Tarikh berkuat kuasa aku seorang guru dan tarikh aku melaporkan diri di sekolah di sebuah sekolah di Kelang , Selangor.. Tetapi aku tak sempat melapor diri pada 1 Ogos tersebut kerana tidak sempat dan kekalutan hari itu ditambah pula, hari jumaat.. Saya tidak berapa setuju dengan pengurusan Jabatan Pendidikan Selangor, cara pengurusan penempatan guru baru. Saya mendapat surat pada hari jumaat 1 Ogos 2008 dan pada hari itu juga saya perlu cari di mana sekolah dan melapor diri. Memang keadaan “ mengalutkan”. Sedangkan sahabat saya dari yang dapat penempatan di Negeri Johor dan Kelantan sudah ada di kelas dan melaporkan diri di sekolah. Perkara yang pertama membuat saya kalut ialah rumah sewa.Memang masalah besar bagi saya. Dalam kepala saya bermacam-macam saya fikir, mana nak cari rumah sewa, dengan siapa saya nak sewa, berapa harga rumah sewa. Keadaan sekolah macam mana , guru-guru di sekolah tu macam mana. Emm memang banyak yang saya fikirkan. Kalau penempatan saya dapat di kawasan Gombak, saya tak perlu risau sangat , saya ada abang dan kakak saya di sini. Sekurang-kurangnya buat sementara awktu saya tidak perlu memikirkan rumah sewa. Selepas dari perjumpaan yang dianjurkan oleh JPS di Sekolah Seksyen 9 , selepas solat Jumaat di Masjid Shah Alam saya balik ke Gomabk untuk berbincang dengan abang dan kakak saya. Tetapi saya rasa bersyukur lagi sekurang-kurangnya saya masih ada kakak dan abang kalau ada apa-apa pertolongan. Ada juga kawan saya perempuan, datang seorang diri dari Kelantan. Mana nak cari rumah sewa dan lagi…..(memang banyak kesulitan). Saya berharap sangat JPS tidak mengambil mudah perkara ini.. Kesulitan san dan sahabat saya sebenarnya mungkin menjadi lebih ringan sekiranya pihak JPS memberitahu lebih awal penempatan tersebut. Sekurang-kurangnya saya dan sahabt-sahabat saya yang lain mempunyai masa yang lebih untuk mencari rumah sewa, lokasi sekolah dan sebagainya.

Sekolah Hulu Bukan Idaman

Sebagai seorang bakal guru lelaki bujang yang single-mingle ,saya sudah bersedia kalau saya ditempatkan disekolah yang hulu seperti mana yang pernah digambarkan dengan jalan tanah merah, sekolah yang “usang” atau dengan kata lain sekolah kampung yang serba kurang seperti di Sabah dan Serawak. Saya juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya saya terpaksa pergi dengan rakit ke sekolah dan berjalan menyusur denai untuk sampai sekolah. Saya pernah di tontonkan dengan video kehidupan cikgu pendalaman semasa minggu orientasi. Begitu cekal cikgu tersebut mengajar anak bangsa tanpa mengira kesusahan dan keperitan hidup. Elaun memang lumayan. Tetapi pada satu masa elauan yang lumayan tu bukan segala-galanya. Kerinduan pada orang tersayang tidak mampu dibayar dengan elaun tersebut. Kesoronokkan berhari raya bersana ayah ibu dan menikmati keindahan kampung sendiri memang tidak mampu dibayar dengan elaun tersebut.( ini hanya pendapat saya ). Sykur juga, saya tidak di tempatkan sejauh itu. Masih di semenanjung dan masih boleh balik seminggu sekali untuk berjumpa akak dan abang saya serta anak-anak buah keyangan saya yang ada di Gombak ( Syeikhan, Nofal. Sahir dan Mashitah). Wajah-wajah ini memang saya selalu rindu dan wajah ini juga mampu menghilangkan kesedihan dan dapat melupakan masalah saya buat seketika. Anak buah yang bersama saya pun dah saya rindu inikan pula kalau seorang ayah dan ibu terpaksa berjauhan dengan anak untuk berkerja.

1 comment:

Unknown said...

Hi, saya juga merupakan seorang guru KPLI yang bakal grad akhir tahun ini. Saya dari IPSAH. Saya nak tahu apakah kadar yang seseorang itu yang akan ditempatkan di sabah dan sarawak. Saya berasal dari Penang, lagipun saya sudah "registered". Suami saya kini kerja di Penang juga. Adakah peratusan tinggi saya akan ditempatkan di Penang? Harap Senior dapat berkongsi dengan say kawan-kawan Senior ditempatkan di mana?? Terima Kasih!

Kim.