Saturday, August 23, 2008

Jadi Guru Tak Kaya Tapi Hidup Senang..Kaya lagi penggoreng pisang.

Guru bukan pekerjaan yang menjanjikan untuk menjadi kaya. Begitu juga dengan kerja kerajaan lain . Memang sukar untuk menjanjikan kekayaan. Gaji guru permulaan yang kelulusan ijazah hanya lebih kurang RM2000 sahaja. Memang dua ribu itu satu nilai yang besar jika dibandingkan dengan kerja kerani sekolah. Tetapi zaman yang serba moden ini penjual burger tepi jalan pendapatan mencecah 3ribu hingga 5 ribu sebulan. Begitu juga dengan penjual goreng pisang, Ada satu cerita, saya dengar daripada kawan saya , seorang penjual goeng pisang di tepi jalan bersebelahan dengan sebuah kilang elektronik pendapatan menjual goreng pisang mencecah RM300 sehari. Paling kurang dia akan dapat RM200 sehari. Kalau setakat RM 2000 apa sangat dengan gaji guru. Seorang penjual goreng pidang hanya memandang sebelah mata sahaja guru yang.Ala setakat dua ribu apa sangat lah. Aku pakai kereta Honda , cikgu sekolah Wira sahaja. Begitulah sekiranya sesuatu pekerjaan diukur dengan pendapatan. Memang guru tergolong dalam golongan pendapatan yang tidak lumayan. Semua orang akan setuju dengan saya jadi guru memang tidak boleh menjadi kaya. Tetapi InsyaAllah hidup akan senang kalau sekiranya niatnya suci dan murni untuk mendidik anak bangsa. Kalau nak menjadi kaya atau ada terdetik cita-cita nak menjadi kaya baik berhenti daripada menjadi guru daripada sekarang. Lebih baik bermula daripada sekarang dengan menceburi bidang perniagaan. Tak kisah samaada secara kecil-kecilan atau pun paling kurang menyertai MLM( multi level marketing). InsyaAllah anda akan menjadi kaya. Suatu masa dahulu saya pernah pergi ke satu ceramah MLM. Saya agak setuju dengan pendapat beliau dengan mengatakan , belajar formula lain,bekerja formula lain dan mencari duit juga formula lain. Oleh itu kita jangan terkejut sekiranya melihat ada seorang lelaki yang hanya ada sijil SPM boleh memiliki kereta BMW dan hidup dengan mewah . Kerana dia tahu formula hendak mencari duit. M.Nasir kata Duit boleh buat beli cinta.emmm. Saya percaya kalau niat kita betul dan ikhlas Allah akan murahkan rezeki kita dan rezeki yang paling bernilai kebahagian jiwa dan ketenangan hati. Anda juga mesti setuju dengan saya orang kaya yang mempunyai harta jutaan ringgit tidak semestinya mempunyai jiwa dan hati yang tenang. Wassalam.

Sunday, August 10, 2008

Rumah Sewa Telah Ku Temu

Rumah Sewa Sudah Ketemu..

Rasa besar sangat masalah rumah sewa bagi saya. Kalau saya ada saudara atau kekawan yang berada di sekitar sekolah tersebut tidak lah menjadi masalah sangat. Boleh juga saya menumpang semalam dua sementara saya set up rumah sewa sendiri. Saya menelefon pejabat sekolah dan memberitahu saya tidak sempat untuk melapor diri di sekolah kerana jam sudah menunjukkan pukul 4 dan belum tentu saya akan sampai ke sana ketika pejabat masih buka. Saya ambil keputusan untuk melapor diri agak lewat . Tetapi sebenarnya lebih elok melapor diri sewal mungkin . Sebab tarikh lapor diri tersebut menentukan gaji bermula. Tetapi apa kan daya keadaan memaksa. Kakak kerani di sekolah menawarkan rumah sewanya untuk disewa. Katanya rumah sewanya tidak jauh dengan sekolah. Saya terus setuju kerana tidak mahu lagi memikirkan di mana saya mahu tinggal nanti. Selepas berbincang dengan suaminya melalui telefon saya telah setuju dengan harga rumah sewa tersebyt RM350.00 sebulan. Bagi saya harga tersebut tidaklah mahal sangat. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga rumah sewa di kawan Kuala Lumpur dan Gombak. Harga antara RM 200-RM300 baru dapat sewa bilik sahaja. Kebetulan ada seorang lagi guru baru akan masuk ke sekolah tersebut dan saya telah meminta nombor telefon guru tersebut dan berbincang dengannya (juga melalui telefon) untuk tinggal di rumah sewa bersama-sama. Alhamdulillah dia setuju.

Hari Pertama Posting

Assalamualaikum dan dalam sejahtera

Kekalutan mengejar masa…

Satu Ogos 2008 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku. Tarikh berkuat kuasa aku seorang guru dan tarikh aku melaporkan diri di sekolah di sebuah sekolah di Kelang , Selangor.. Tetapi aku tak sempat melapor diri pada 1 Ogos tersebut kerana tidak sempat dan kekalutan hari itu ditambah pula, hari jumaat.. Saya tidak berapa setuju dengan pengurusan Jabatan Pendidikan Selangor, cara pengurusan penempatan guru baru. Saya mendapat surat pada hari jumaat 1 Ogos 2008 dan pada hari itu juga saya perlu cari di mana sekolah dan melapor diri. Memang keadaan “ mengalutkan”. Sedangkan sahabat saya dari yang dapat penempatan di Negeri Johor dan Kelantan sudah ada di kelas dan melaporkan diri di sekolah. Perkara yang pertama membuat saya kalut ialah rumah sewa.Memang masalah besar bagi saya. Dalam kepala saya bermacam-macam saya fikir, mana nak cari rumah sewa, dengan siapa saya nak sewa, berapa harga rumah sewa. Keadaan sekolah macam mana , guru-guru di sekolah tu macam mana. Emm memang banyak yang saya fikirkan. Kalau penempatan saya dapat di kawasan Gombak, saya tak perlu risau sangat , saya ada abang dan kakak saya di sini. Sekurang-kurangnya buat sementara awktu saya tidak perlu memikirkan rumah sewa. Selepas dari perjumpaan yang dianjurkan oleh JPS di Sekolah Seksyen 9 , selepas solat Jumaat di Masjid Shah Alam saya balik ke Gomabk untuk berbincang dengan abang dan kakak saya. Tetapi saya rasa bersyukur lagi sekurang-kurangnya saya masih ada kakak dan abang kalau ada apa-apa pertolongan. Ada juga kawan saya perempuan, datang seorang diri dari Kelantan. Mana nak cari rumah sewa dan lagi…..(memang banyak kesulitan). Saya berharap sangat JPS tidak mengambil mudah perkara ini.. Kesulitan san dan sahabat saya sebenarnya mungkin menjadi lebih ringan sekiranya pihak JPS memberitahu lebih awal penempatan tersebut. Sekurang-kurangnya saya dan sahabt-sahabat saya yang lain mempunyai masa yang lebih untuk mencari rumah sewa, lokasi sekolah dan sebagainya.

Sekolah Hulu Bukan Idaman

Sebagai seorang bakal guru lelaki bujang yang single-mingle ,saya sudah bersedia kalau saya ditempatkan disekolah yang hulu seperti mana yang pernah digambarkan dengan jalan tanah merah, sekolah yang “usang” atau dengan kata lain sekolah kampung yang serba kurang seperti di Sabah dan Serawak. Saya juga sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya saya terpaksa pergi dengan rakit ke sekolah dan berjalan menyusur denai untuk sampai sekolah. Saya pernah di tontonkan dengan video kehidupan cikgu pendalaman semasa minggu orientasi. Begitu cekal cikgu tersebut mengajar anak bangsa tanpa mengira kesusahan dan keperitan hidup. Elaun memang lumayan. Tetapi pada satu masa elauan yang lumayan tu bukan segala-galanya. Kerinduan pada orang tersayang tidak mampu dibayar dengan elaun tersebut. Kesoronokkan berhari raya bersana ayah ibu dan menikmati keindahan kampung sendiri memang tidak mampu dibayar dengan elaun tersebut.( ini hanya pendapat saya ). Sykur juga, saya tidak di tempatkan sejauh itu. Masih di semenanjung dan masih boleh balik seminggu sekali untuk berjumpa akak dan abang saya serta anak-anak buah keyangan saya yang ada di Gombak ( Syeikhan, Nofal. Sahir dan Mashitah). Wajah-wajah ini memang saya selalu rindu dan wajah ini juga mampu menghilangkan kesedihan dan dapat melupakan masalah saya buat seketika. Anak buah yang bersama saya pun dah saya rindu inikan pula kalau seorang ayah dan ibu terpaksa berjauhan dengan anak untuk berkerja.