Thursday, August 2, 2012

Ramadan bahagian 3-Juadah Berbuka

Ikan pari bakar dan ulaman

Ramadan  bahagian 3

Juadah berbuka


Tidak ada seorang pun yang dapat menafikan waktu yang paling  seronok untuk menikmati makanan adalah ketika berbuka. Suara azan akan menjadi suara yang ditunggu, bukan untuk mendengar kemerduan suara bilal tetapi untuk mengetahui waktu magrib tanda berbuka puasa. Paling seronok lagi kalau dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Tetapi tidak dinafikan juga ada juga beberapa orang kawan saya yang terpaksa menikmati berbuka puasa hanya didalam kereta dengan buah kurma dan air mineral sahaja. Begitukah selalunya, sudah menjadi ala biasa tegar bisa. Tempat kerja yang jauh dengan rumah dan jalan yang jem menjadi punca terjadinya sedemikian.
Tom yam



 Juadah berbuka


Saya bukanlah seorang yang cerewat kalau bab makanan, asalkan cukup rasa insyaAllah saya  tidak komen banyak. Dan satu lagi jangan terlalu pedas. Kalau penduduk di Malaysia yang mengamalkan kepedasan dalam makanan ialah orang negeri Sembilan, nasib baik saya tidak mendapat jodoh penduduk disana kalau tidak agak sukar untuk saya menikmati makanan.

Boleh dikatakan setiap hari isteri saya akan memasak, sesampai dirumah jam 5.45 , dia akan memulakan tugasnya. Tugas saya agak mencabar sedekit daripadanya, iaitu mengawal, mengasuh dan menjaga anak sulung kami. Kerja itu semakin mencabar sekarang, putera sulung kami aka Syed Adam mulai pandai dan membijak. Sudah ada karenah mahu keluar rumah ,setipa hari diminta bawa jalan-jalan dengan motor atau kereta paling kurang bawa ke taman permainan ditaman perumahan kami. Lagaknya seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang ingin bermain buaian dengan laju tetapi kaki pun masih tidak berpijak dibumi. Saya cuba train anak saya untuk menonton televisyen, tak perlu lama kalau dapat menonton dalam 30 minit pun bagi saya dah okey, tetapi setakat ini belum berjaya lagi, 15 minit dia dah bosan dan mulalah meminta tablet atau blacberry saya untuk dijadikan permainannya.
Kalau dia dapat menonton tv  bolehlah saya baring di sofa sambil baca suratkhabar atau buku, tidaklah mencabar saya tugas saya.
ikan pari bakar



Air Berbuka Puasa


Pernah satu kali saya beli air tembikai di bazar ramadan. Warna air yang merah itu cukup menggoda untuk saya membayar air tersebut. Tapi saya apabila dibawa balik dan waktu berbuka, rasa air tersebut tidak semenggoda warnanya. Agak cair dan rasa tembikainya kurang. Manis pun kurang. Begitu juga dengan air soya yang pernah saya beli, rasa soyanya agak kurang. Pesanan saya kepada peniaga sekalian, kalau anda mahu gerai anda menjadi tumpuan banyak kali pembeli yang sama harap anda buat yang terbaik, bagi saya harga mahal sedekit tak apa asal ada kualiti. Kalau rasa air setakat cukup syarat sahaja pelanggang anda akan lari dan menanda gerai anda sebagain gerai yang dia tidak akan kunjung lagi. Bukan setakat itu sahaja ketidak sedapan jualan anda juga akan dipromosi kepada kawan-kawannya. Begitu juga kalau anda menjual makanan atau minuman dengan rasa yang luar biasa, kesedapan tersebut akan dipromosi kepada rakan-rakan yang lain dan kalaj nasib baik akan dishare di facebook lagi.

Untuk mendapat rasa air tembikai yang betul-betul tembikai saya telah membeli buah tembikai dan meminta isteri saya membuat air tembikai sendiri, rasanya memang lain tambahan lain dibuat oleh seorang isteri. Sampai sekarang kajian saintifik tidak dapat merungkai keajaiba air tangan seorang isteri. Wahai isteriku dan isteri orang lain percayalah air tangan anda ada magic yang tersendiri.
Dan ada jugan kalau tak ada air batu saya akan minum teh o panas sahaja. Air yang simple dan klasik itu memang sesuai untuk dibuat berbukanpuasa.

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan 4

Percubaan hantar post baru dalam blog

Semoga percubaan ini berjaya

Ramadan Bahagian 2 - Jam 1 pagi

Umi Adam memakai tuala selepas instinjak-Macam aweks lak 
Saya dah agak anak saya akan tidur selepas magrib.  Hampir  dua minggu jadual tidurnya berubah. Lepa waktu berbuka dia akan mengantuk dan mula menunjukkan sindrom kemengantukkannya seperti menangis tanpa sebab dan ingin didukung . Jam 10 lebih dia bangun kembali . Yang pastinya dia bangun dengan tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum magrib.

 Tapi yang bagusnya lepas bangun dari tidur pukul 10 lebih dia tidak menangis dan boleh bermain seorang diri tanpa mengajak bersama umi atau walidnya bermain . Jam 12.30 pagi dia "berkumuh"..entah apa yang dia makan  :-)
posing lewat malam..

Tuesday, July 31, 2012

Ramadan bahagian pertama-Sahur


Sepanjang seminggu bulan ramadan yang penih berkat berlalu, hanya sekali sahaja saya dan isteri tidak sempat bersahur. Entah apa mimpi sehingga terlena lebih, bangun dari tidur , jam sudah pun menunjukkan hampir pukul enam,isteri saya baru ingin meminum air tiba-tiba azan pun kedengaran, pada waktu itu saya rasa betapa beharganya masa, saya hanya perlu seminit sahaja untuk minum air tapi apakan daya tak ada rezeki untuk waktu itu. Puasa tanpa bersahur memang terasa kepenatan dan agak kehausan berbanding puasa dengan bersahur, tetapi ada juga rakan-rakan saya yang tidak bersahur, mereka hanya makan sebelum tidur. Cara tersebut risau untuk saya amalkan, maklum sahaja kalau makan sebelum tidur seharusnya makanan tersebut banyak bertukar menjadi lemak berbanding dengan tenaga.


Siapa yang bersalah

Isteri saya kata saya yang bersalah kerana tidak berjaya mengejutnya untuk bersahur, memang tugas saya akan mengejutkan isteri saya untuk bangun pagi walaupun pada bulan biasa. Sebenarnya yang bersalah adalah putera kesayangan kami yang semakin aktif sekarang. Dan dia telah mempunyai jadual tidur yang baru. Dia akan tidur selepas magrib dan bangun pada pukul 11 malam dan akan tidur pada pukul 2 pagi dan kadang-kadang sampai pukul 3 pagi pun ada. Waktu bangun dari tidur pukul 11 malam dia terus aktif seperi kereta remote control yang baru dicas baterinya. Berlari, panjat kerusi dan kadang-kadang mengemas dapur.  peralatan dapur disusun semula mengikut citarasanya. Kalau ada periuk diruang tamu rumah kami, tak perlu cakap banyak dan tidak perlu hairan kerana kami tahu angkara siapa. Disebakan  tidur anak saya yang tidak teratur itu kadang-kadang membuat saya agak sukar untuk bangun bersahur.
 
Makanan sahur 



Makanan sahur kami mudah sahaja, apa yang dimakan waktu berbuka itulah juadah besahur kami nanti, isteri saya akan panaskan semula lauk dan nasi dan semestinya ada teh o. Selepas minum teh o baru saya minum air suam 2 atau 3 gelas. Dan kadang-kadang sahur kami akan lebuh meriah kalau putera sulung saya yang berumur setahun lebuh itu bangun dan turur bersahur.

Thursday, July 19, 2012

Murid bawa telefon bimbit ke sekolah



Surat khabar hari ini melaporkan 90% guru tidak setuju dengan cadangan bahawa murid boleh membawa telefon bimbit ke sekolah. Salah satu alasanya ialah melibatkan kes kecurian telefon bimbit dan penyalahgunaan telefon bimbit untuk menyebar bahan-bahan lucah yang senang dimuat turun melalui telefon bimbit.
Penggunaan telefonbimbit ke sekolah dari sudut pandang yang lain ada kebaikannya yang tersendiri seperti ibu bapa boleh menghubungi anak mereka sekiranya berlaku kecemasan teruma kese anak yang dihantaroleh ibu bapa ke sekolah dan ibubapa tidak dapat mengambil anak mereka sepertibwaktu biasa kerana kesibukan lalulintas atau masalah peribadi yang lain. Dalam situasi ini penggunaan telefon bimbit sangat untuk untuk memaklumkan kepada anak mereka. Tambahan pula telefon awam yang ada di sekitarsekolah selalu rosak. Antara sebab telefon tidak sesuai dibawa ke sekolah
1. Akan berlaku kes kecurian telefon dikalangan murid.
2.Murid kurang memberi tumpuan semasa didalam kelas, walaupun mungkin guru telah melarang penggunaan telefon didalam kelas tetapi tidak mustahil masih ada murid yang menggunakan telefon bimbit secara sembunyi.
3.Penyebaran bahan-bahan lucah seperti video 3gp yang boleh disebarkan melaui bluetooth.
4.Masalah perasaan apabila dikalanganmurid yang kaya membawa telefon yang mahal dan murid yang miskin membawa telefon yang murah. Akan terjadi situasi antaradua darjat.
5. Akan memperkaya koleksi didalam youtube murid melampau dalam pelbagai aksi seperti pergaduhan murid perempuan dan mungkin akan ada rakaman aksi tarik rambut dan macam-macam aksi yang lain tidak sepatut ditonto umum.
6.Akan ada pelbagai status didalam facebook seperti `oh boringnya cikgu Rokiah mengajar ` beserta gambar cikgu rokiah . Dan pelbagai status luahan perasaan lagi.


Cadangan sekiranya dibenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah

1. Perlu ada surat kebenaran daripada ibu bapa yang mengatakan sebarang kehilangan telefon bimbit disekolah tidak melibatkan pihak sekolah. Cikgu banyak kerja lagi selain nak jaga telefon murid- kalau hilang terus buat repot polis.
2.Murid hanya dibenarkan membawa telefon yang tidak berkamera-hanya boleh buat call sahaja. Kalau boleh game pun tak ada. Nak bagus lagi jenis-jenis tertentu sahaja yang boleh dibawa ke sekolah.  Telefon seragam sekolah, sama dengan pakaian seragam sekolah , semua murid guna telefon yang sama jenis sahaja. Jadi tak ada kes antara dua darjat.npastikan tulis nama pada telefon takut tertukar.
3.Adakan waktu tertentu untuk menggunakan telefon, seperti waktu rehat atau waktu balik sahaja, penggunaan telefon diwaktu belajar adalah kesalahan besar.

Ini hanyalah cadangan sahaja, kalau murid nak bawa juga bawalah, sekarang pun dah ada murid yang bawa telefon , pihak sekolah pun faham sesetengah murid perlu menggunakan telefon. Apa yang penting jangan menyusahkan orang, simpan elok-elok telefon dan guna waktu perlu sahaja. Apapaun kita tunggu apayang akan berlaku apabila ia dilaksanakan. Wassalam

Thursday, March 1, 2012

Cikgu ‘kung fu’ guru besar


Cikgu ‘kung fu’ guru besar
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Nota : Ini mungkin pengaruh televisyen, Kesimpulan jangan terpengaruh dan meniru aksi televisyen

sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cikgu__8216_kungfu__8217_gurubesar/Article/index_html

Wednesday, February 29, 2012

Kantin Sekolah Kena Santau....


Kantin Sekolah Kena Santau....


Kantin sekolah kena santau



Selepas membayar harga makanan untuk makan tengah hari sempat saya berborak dan menemubual secara tidak lansung dengan tuan kantin atau penender kantin sekolah. Nama tuan kantin tersebut Zainal dan isrterinya Kak Ani. "Macam mana dapat tender kantin ni,rasa susah sekarang ,ada bagi hadiah pada siapa-siapa ke?" Tanya saya secara selamba walaupun soalan tersebut mungkin agak sensitif. "Tak ada cikgu, saya pun tak suka macam tu kebetulan ada kawan di ppd , dia yang panjangkan permohonan tender saya,alhamdulillah ada rezeki dapat tender ni ". Katanya. Tuan kantin memberitahu dia dahulu kerja bank, ada juga peniaga-peniaga Cina yang cuba memberi 'hadiah' supaya loan mereka diluluskan.


Cerita paling menarik. Kantin sekolah pada awalnya ada suatu benda pelik di atas bumbung. Ada kain kuning , dan ada kaca serta rambut yang masukkan dalam bekas yang agak mengerikan. Saya pun tidak sangka di zaman muka buku (facebook) dan internet masih ada pengamal-pengamal ilmu yang mengarut itu. Cikgu sekolah saya yang lain ,ada cerita penjaja tepi jalan yang menjual makanan tetapi hanya beberapa jam sahaja makanan yang dijual cepat basi dan berulat.


Ada orang sebut terutama orang Melayu ramai Phd. Bukan Phd pengiktirafan akademik dari universiti tetapi merujuk kepada singkatan Perasaan Hasad Dengki.(Ini bukan fakta tetapi cakap-cakap sahaja). Saya risau juga ada cikgu-cikgu yang ada Phd yang tak bertauliah ini. Tetapi setakat ini alhamdillah sekolah saya masih aman dengan golongan Phd yang tidak bertauliah ini.

Berbalik kepada cerita tuan kantin tadi, benda-benda yang aneh tadi telah dibuang ke laut . Benda yang tak baik elok dibuang jauh-jauh seperti dilaut.

Kedai guna pelaris jin


Mungkin kalau ada sifat dengki hanya kecil-kecilan sahaja seperti ada cakap-cakap belakang ada rakan-rakan agak relek dan ada yang terlebih jawatan ada yang selalu tidak ada disekolah sebab banyak tugasan luar ada diganti dengan guru-guru lain. Ada juga seorang kawan sekolah saya, dia mendakwa bahawa isterinya dapat "merasa" kalau kedai yang mempunya pelaris terutama menggunakan perkhidmatan jin-jin yang bukan Islan dan nakal. Mengikut katanya banyak kedai tom yam yang terdapat disekitar Klang ini yang menggunakan pelaris-pelaris yang bertentangan dengan Agama Islam. Kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabat saya itu membuat saya takut dan hilang sedikit selera untuk makan dikedai. Kalau pergi makan saya akan baca doa makan panjang sedikit . Terbayang juga seperti yang dipaparkan di dalam televisyen jin-jin yang tak handsome kencing di dalam makanan atau minuman. Jijik dan meloyakan.

Kedai makan pelayan rambut awan nano

Tetapi ada juga kedai makan yang tidak menggunakan jin agak laku tetapi saya kurang berselera pula apabila melihat pelayan kedai yang mengambil order makanan yang mempunyai rambut ala Hafiz ala nano yang tidak memakai tutup kepala. Saya suka dengan gaya rambut yang mengikut peredaran muzik semasa itu tetapi bagi saya, kalau kita nak berniaga makanan, perwatakan yang mencerminkan kebersihan amat perlu dititik beratkan. Rambuat awan nano tidak salah tetapi , yang elok dan sebaiknya perlu ditutup dengan kemas.