Sepanjang seminggu bulan ramadan yang penih berkat berlalu, hanya sekali sahaja saya dan isteri tidak sempat bersahur. Entah apa mimpi sehingga terlena lebih, bangun dari tidur , jam sudah pun menunjukkan hampir pukul enam,isteri saya baru ingin meminum air tiba-tiba azan pun kedengaran, pada waktu itu saya rasa betapa beharganya masa, saya hanya perlu seminit sahaja untuk minum air tapi apakan daya tak ada rezeki untuk waktu itu. Puasa tanpa bersahur memang terasa kepenatan dan agak kehausan berbanding puasa dengan bersahur, tetapi ada juga rakan-rakan saya yang tidak bersahur, mereka hanya makan sebelum tidur. Cara tersebut risau untuk saya amalkan, maklum sahaja kalau makan sebelum tidur seharusnya makanan tersebut banyak bertukar menjadi lemak berbanding dengan tenaga.
Siapa yang bersalah
Isteri saya kata saya yang bersalah kerana tidak berjaya mengejutnya untuk bersahur, memang tugas saya akan mengejutkan isteri saya untuk bangun pagi walaupun pada bulan biasa. Sebenarnya yang bersalah adalah putera kesayangan kami yang semakin aktif sekarang. Dan dia telah mempunyai jadual tidur yang baru. Dia akan tidur selepas magrib dan bangun pada pukul 11 malam dan akan tidur pada pukul 2 pagi dan kadang-kadang sampai pukul 3 pagi pun ada. Waktu bangun dari tidur pukul 11 malam dia terus aktif seperi kereta remote control yang baru dicas baterinya. Berlari, panjat kerusi dan kadang-kadang mengemas dapur. peralatan dapur disusun semula mengikut citarasanya. Kalau ada periuk diruang tamu rumah kami, tak perlu cakap banyak dan tidak perlu hairan kerana kami tahu angkara siapa. Disebakan tidur anak saya yang tidak teratur itu kadang-kadang membuat saya agak sukar untuk bangun bersahur.
Makanan sahur
Makanan sahur kami mudah sahaja, apa yang dimakan waktu berbuka itulah juadah besahur kami nanti, isteri saya akan panaskan semula lauk dan nasi dan semestinya ada teh o. Selepas minum teh o baru saya minum air suam 2 atau 3 gelas. Dan kadang-kadang sahur kami akan lebuh meriah kalau putera sulung saya yang berumur setahun lebuh itu bangun dan turur bersahur.