Thursday, November 17, 2011

Selamat Bersara Tuan Guru Besar




Selamat Bersara Tuan Guru Besar

11/11/2011 merupakan tarikh majlis persaraan Guru Besar sekolah saya. Pada hari tersebut beliau diraikan dan disandingkan sekali lagi berssama ieteri tercinta dengan pakaian sedondong merah. Air muka yang sedih jelas kelihatan diwajah Guru Besar seolah-olah kehilangan orang yang tersayang.Isterinya disebelah hanya malu-malu kerana pelamin tersebut mengadap tetamu-tetamu jemputan. Wajah isteri Guru Besar biasa-biasa sahaja tidak kelihatan sedih mahupun gembira yang jelas hanya malu. Jarang seorang perempuan berkesempatan di sanding sebanyak dua kali sebenarnya.

Saya mempunyai penilaian peibadi sendiri terhadap Guru Besar mahu pun guru-guru lain. Kita biasanya akan didedahkan dengan penilaian umum oleh orang sekeliling kita . Contohnya buah durian sedap. Ramai yang mengatakan buah durian sedap. Tetapi penilaian peribadi kita berbeza kerana ada juga orang yang tidak suka makan durian. Apapun kita mesti hormat penilaian umum dan kadang-kadang penilaian peribadi kita hanya perlu disimpan di dalam hati sahaja.

Kali perama saya bersembang panjang dengan beliau semasa saya membentangkan projek untuk menerbitkan sebuah buku teknik belajar. Saya mencadangkan buku tersebut dijual dengan menggunakan nama Majlis Guru Besar dan dicetak sebanyak 5 ribu sebagai permulaan. Harga buku tersebut di bawah Rm 5 sahaja. Satu harga yang agak murah dan ramai murid yang mampu membelinya. Guru Besar seorang yang terbuka dari segi penerima pendapat. Saya tidak sangka dia bersetuju dan telah membawa mock up buku tersebut ke mesyuarat Majlis Guru Besar . Akhirnya buku tersebut tidak dapat diterbitkan kerana masalah teknikal tetapi saya bangga kerana Guru Besar telah menerima idea dan cadangan tersebut dan mencuba untuk menerbitnya.

Guru Besar juga telah menerima cadangan untuk membuat laman sesawang rasmi sekolah dengan menggunakan nama www.skrpklang.com. Walaupun ada sekolah menggunakan blogspot atau wordpress sahaja sebagai nama tetapi apabila menggunakan nama dot com ianya akan mempunyai kelas yang tersendiri dan laman web tersbut sampai sekarang masih berfungsi dan mengikut statistic tidak kurang daripada 500 orang sehari akan melawat ke website tersebut. Walaupun hanya 500 tetapi cukup berbaloi untuk menyebarkan maklumat di zaman penggunaan internet di hujung jari.

Perjumpaan Paling Mengerikan

Biasanya apabila saya berjmpa dengan Guru Besar dia akan melayan dengan baik dan kadang akan hentikan kerjanya seketika untuk berbincang dengan saya topik-topik yang patut termasuk topik memancing yang kurang arif ilmunya. Pada suatu hari, kerani sekolah call saya cakap Guru Besar hendak jumpa saya dibiliknya. Agak pelik juga apabila kerani call mengatakan Guru Besar hendak berjumpa dengan saya , kebiasaan Guu Besar akan call menggunakan telefon sahaja atau sms.

“Cikgu ada cikgu buat aduan bahwa sekolah kita menggunakan minggu pertama dan ketiga untuk membuat aktiviti sekolah “ kata Guru Besar Kepada aku

“Siapa Cikgu tu “

“ Saya dapat maklumat nama tersebut cikgu “ Terkedu aku bahawa nama aku dikatakan telah membuat aduan bahawa terdapat penyalahgunaan minggu pertama dan ketiga.

“Cikgu tak boleh tuduh macam tu, saya mahu bukti saya dituduh dan saluran mana dibuat aduan, sms, call atau surat layang , kalau ada bukti saya mahu tengok .

Penyelia petang disebelah aku hanya mengangguk dan seperti setuju dengan kata-kata aku.

“Apa tindakan cikgu dengan aduan tersebut” Tanya aku

“Pihak sekolah telah membuat surat maklum balas dan menafikan penyalahgunaan hari Sabtu tersebut. “

“Apa yang perlu saya buat “soal aku lagi.

“Saya pun tidak tahu, Cuma cikgu ambil salinan surat maklum balasa dan saya mahu cikgu buat penafian “

Aku ambil surat tersebut dan aku tidak membuat apa-apa tindakan kerana aku mungkin tahu siapa yang membuat laporan tersebut. Saya juga baru tahu, sekiranya hari Sabtu digunakan dengan tidak betul sekolah akan dikenakan tindakan dan sekolah perlu menjwab surat tunjuk sebab.

Wednesday, August 10, 2011

Cerita Murid Berpuasa Sekolah Saya




Cerita Murid Berpuasa Sekolah Saya

Salam Ramadhan semua kepada semua guru di Malaysia

Ramai murid yang agak gelisah di dalam kelas kerana puasa. Dan perangai murid masih sama asyik minta izin ke tandas, biasanya untuk membuang air besar atau kecil tapi kali ini untuk membasuh muka kerana mengantuk dan letih (alasan untuk keluar kelas ). Ada juga murid yang meletakkan tuala basah dileher mungkin untuk mengurangkan sedikit rasa dahaga. Mengajar sesi petang bulan puasa agak penat berbanding dengan bulan lain. Tambahan pula cuaca sekarang agak panas. Kantin sekolah masih dibuka tapi jualannya agak kecil. Hanya menjual air dan beberapa jenis makanan ringan untuk murid yang tidak berpuasa. Selain itu ada juga dijual lauk pauk untuk guru yang tidak sempat memasak.

Badan Kebajikan Guru juga ada menjual air kotak diwaktu rehat kepada murid-murid berhampiran dengan surau dan agak jauh dengan kantin sekolah. Tuan kantin sekolah hanya memandang dari jauh sahaja guru-guru yang menjual air kotak kepada murid. Mungkin hasil jualan kantinnya agak berkurang kerana sebahagian murid telah berbelanja untuk membeli air kotak yang dijual oleh Badan Kebajikan Guru. Hasil jualan tersebut akan dimasukan ke dalam tabung kebajikan guru. Bukan semua guru yang bersetuju kantin atau Badan Kebajikan Guru menjual minuman kepada murid. Dengan alasan ,puasa perlu dilatih seawal usia, apabila ada jualan makanan disekolah membuka jalan untuk murid tidak berpuasa. Walaupun begitu ada positif dan negatifnya. Ada juga murid yang membeli air kotak dan minum di dalam tandas dan ada juga yang minum dibelakang pintu kelas sahaja dan berkongsi dengan beberapa orang kawan. Minum secara berjemaah.

Murid darjah satu ramai yang tidak puasa. Mereka masih kecil lagi dan ada sesetengah belum mampu untuk puasa. Ada dinatara mereka membawa bekal yang disediakan oleh emak mereka dan ada yang membeli dikantin sekolah dan makan dengan rasa tidak berdosa.Mereka memang tidak berdosa untuk menikmati air sirap atau anggur yang dibeli di kantin sekolah.



Cerita Buli

Membuli kawan masih berlaku walaupun didalam bulan puasa. Seorang murid darjah tiga membuli rakan sekelasnya dan menyuruh murid tersebut untuk berbuka puasa sehingga berlaku pergaduhan besar sehingga dibawa kepada guru disiplin. Murid yang tidak puasa memang sudah perkara biasa. Dah lah tidak puasa suruh orang buka puasa pulak. Semua cerita budak-budak sukar untuk faham.

Tuesday, July 12, 2011

Catatan Hari Cuti Larian Satu Malaysia ( catatan guru)


Hari sekolah aku cuti sempena acara yang dinamakan Larian Satu Malaysia. Mungkin ada juga orang mentafsir acara berlari mengelilingi seleruh Malaysia, tetapi tidak begitu terjadi. Satu acara guru, murid dan ibu bapa akan berlari bersama-sama mengikut jarak tertentu. Semua guru terlibat. Aku terlibat menjaga lalu lintas. Kerjanya mudah sahaja -angkat bendera merah untuk memberi isyarat kereta atau apa-apa kenderaan berhenti supaya murid-murid dapat berlari tanpa gangguan. Pada hari larian tersebut, sesudah tamat larian di adakan pula latihan persatuan permainan. Pada hari itu betapa risau dan kusutnya Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KO) mencari guru untuk bertugas mengikut persatuan permainan masing-masing. GPK KO yang umurnya separuh abad itu mencari seorang demi seorang guru dan meminta bertugas . Sekali sekala mengingatkan guru ‘Kalau tidak bertugas akan di jawab di akhirat kelak”. Aku hanya mengangguk sahaja apabila GPK KO berkata demikian mengingatkan aku kepada pencipta dan bebanan tugas yang diamahakan. Tetapi sekali sekala ungkapan itu aku fikir tidak sesuai dibicarakan kepada guru yang sudah maklum tugas masing-masing.








Kenyataan tersebut aku fikir tidak memberi kesan kepada jiwa cikgu , satu ungkapan seperti menegur perokok supaya berhenti merokok dengan memberi fakta pelbagai racun terdapat di dalam rokok, Dan ditambah gambar-gambar yang menakutkan dikotak rokok. Hanya ugutan. Asap-asap rokok tidak pernah berkurang dihembuskan dari mulut perokok tegar.

Hari cuti ini saya menhabiskan masa di Gombak ,di rumah kakak saya. Hanya membaca sebuah novel yang bertajul Lasykar Pelangi yang ditulis oleh seorang penulis Indonesia yang bernama Anrea Hirata. Mengisahakan perjuangan kanak-kanak dari glongan miskin perkampungan Melayu Belintong memperjungan nasib bersekolah disebuah sekolah yanh usah dan serba kurang kemudahan iaitu sekolah Muhammadiyah. Dibelakang novel tersebut , terbitan PTS ada ulasa dari MPH Bookstores Sdn. Bhd. Yang berbunyi

“ Membacanya umpama menonton sebuah filem, satu kepuasan dan keseronokkan kerana dapat menonton apa yang dibaca”-Ramji Rabi.

Novel ini bagi saya sangat bagus dan memberi dorongan semangat kepada guru mahupun murid. Elok dibaca oleh guru dan murid. . Kisah N.A Muslimah Hafsari Hamid atau dipanggil murid dengan Bu Mus dan guru besar Harfan Efendi Noor sangat mengagumkan. Semua mata pelajaran akademik diajar oleh Bu Mus. Begitu juga pidato-pidato Pak Harfan yang menjadi pendorong semangat murid-murid disekolahnya dan selau berpesan kepada muridnya bahawa “ Hiduplah untuk banyak memberi bukan banyak meminta”. Sekolah Muhammadiyah serba kurang tetapi kekurangan itu bukan alasan untuk menghalang Bu Mus dan kumpulan Lasykar Pelangi menuntut ilmu. Buku ini telah sayabaca kali ke dua. Masih sama seronoknya seperti saya membaca kali pertama dan tidak mustahil saya akan membaca kali ke tiga.

Alangkan gembiranya semangat cintakan ilmu dan semangat belajar kumpulan Lasykar Pelangi menyerap disetiap jiwa murid-murid disekolahku. Lintang watak dalam novel tersebut ( dan ini novel dari kisah benar) mengayauh basikal 20 km sehari untuk sampai disekolah . Amat tekun Lintang mengamati ilmu yang dibaca didalam buku , membaca dengan syik seperti seorang kanak-kanak menikmati asikrim ditengah cuaca matahari yang terik. Begitulah kenikmatan menimba ilmu seorang anak nelayan. Kerana aku percaya , formula mudah untuk seorang murid atau pelajar Berjaya ialah dengan mencintai ilmu .

Friday, July 8, 2011

Kisah Israj Mikraj Sekolah saya


Kisah Israj Mikraj Sekolah saya

Sambutan Israh Mikraj disekolah aku agak lambat sedikit iaitu awal bulan Saaban. Sambutan biasa-biasa sahaja. Cermah dimedan perhimpunan dan ada jamuan makan untuk murid. Ustaz yang dijemput dari sekolah lain menyampaikan ceramah dan cerita Israj Mikraj dengan gaya yang menarik. Selang seli ceramahnya dialunkan zikir munajat dan selawat Nabi, Murid-murid mengikut selawat dan berzikir dengan tekun sekali. Sebelum itu sudah diberitahu sesiapa yang bising ketika ustaz memberi ceramah tandanya dia anak derhaka dan tidak sayangkan ibu dan ayahnya. Ada murid yang betul-betul terkesan dengan “ugutan “ itu , terus senyap dan mendengar ceramah ustaz dengan senyap seperti baru dimarahi oleh guru disiplin yang memegang rotan ditangan. dan ada yang tersengih-sengih seperti tidak tahu apa itu anak derhaka dan tidak faham dengan apa “ugutan” tadi.





Seperti biasa , murid yang dari kelas Maju terutama 1 Maju, 2 Maju, agak lambat terkesan .Maju adalah kelas yang ke tiga belas dan Maju ke belakang . Kebanyakan murid dikelas Maju , murid yang Istimewa. Seorang murid daripada Satu Maju sehingga sekarang tidak bercakap di dalam kelas. Kalau dia suka dia akan senyum dan kalau dia tidak suka dia akan dia dan buat tidak tahu seolah-olah tidak mendengar dan memandang ke syiling kelas sekali sekala. Guru-guru yang mengajar di kelas maju pun perlu berfikir secara istimewa. Tidak perlu membebel berkenaan dengan kepentingan belajar atau bersyarah ciri-ciri murid yang baik. Yang perlu hanya banyak bersabar , beristigfar dan kadang-kadang berselawat dan berdoa semoga Alllah menambah kesabaran menjadi seoaarng guru dan berdoa juga agar murid-murid menjadi insane berguna suatu hari nanti.







Idea ustaz kali ini agak menarik. Beceramah dengan berlatarbelakangkan muzik yang sedih dan mendayu-dayu dan sekali sekala menyebut berkenaan dosa anak derhaka. Teresak-esak murid menangis mendengar ceramah ustaz. Sampai menagis tahap “teriak” membuat ustaz mengingatkan kembali murid “ Sesiapa yang menangis kalau tanpa membunyikan suara yang kuat dia seorang murid yang hebat “ teriakan tangisan semakin kurang. “ Sesiapa yang tidak menangis hati kamu keras “ Sambung ustaz lagi. Dua tiga orang murid melihat dengan tersenyum kawannya yang menangis dan melihat dengan pelik kawannya yang menangis. Dan ada juga seorang murid dibelakang sekali dari 2 Maju tidak menghiraukan apa yang berlaku semasa ceramahnya dan dengan gaya tekun membuka buku dan membeleknya walaupun kemungkinan tidak pandai membaca. Hanya tengok gambar barangkali. Hampir sejam setengah ustaz menamatkan ceramahnya. Masih ada murid yang tidak berhenti menanangis. Mungkin menangis kerana sedih atau menangis kerana kawan-kawannya menangis. Harus terjadi.



Sambutan Israj Mikraj kali kali ini agak menarik kerana diakhir ceramah ada persembahan dari kumpulan nayid yang baru ditubuh 2 minggu lepas menyampaikan lagu nasyid memuji junjungan Rasulullah SAW. Kumpulan nasyid yang hanya bergelar kumpulan Nasyid Tahun 3 itu memakai baju Melayu lengkap untuk membuat persembahan dengan gaya yang tersendiri . Walaupun paluan bongo yang lari tempo dan begitu juga tamborin yang ada kala cepat dan ada kala perlahan tetap memukau penonton . Vokalis bernayid dengan penuh semangat sekali tanpa menghirau tempo lagu dan kakinya terketar-ketar. Dua buah lagu telah disampaikan dengan sempurna dan mendapat tepukan gemuruh seperti melihat satu konsert nasyid yang terkenal Maher Zain. Tidak mustahil kumpulan nasyid ini akan menjadi kumpulan yang akan membuat persembahan setipa kali aktiviti disekolah. Begitulah cerita sambutan Israj Mikraj disekolah saya.

Nota: Terima kasih kepada BAKEB(Badan Kebajikan Guru) kerana bersusah payah membeli hadiah untuk SYED ADAM

Tuesday, July 5, 2011

Catatan 1 Julai 2011


Catatan 1 Julai 2011

Setiap kali 1 Julai umur saya akan bertambah. Semakin berumur. Orang yang pertama ucap selamat Hari Lahir kat saya tidak lain dan tidak bukan isteri saya tercinta yang jauh di kampung.Pukul 12.04 minit pagi isteri saya hantar sms dan selepas itu dua orang anak buah kesayangan Sharifah Mariam dan juga Sharifah Aisiah. Isteri saya nak call saya tetapi waktu itu saya kat luar dan bateri telefon bimbit saya lemah. Saya rasa bateri telefon saya sudah tiba masanya untuk saya tukar atau beli telefon baru terus. Mungkin Blackberry.

Saya pun tidak tahu nak buat untuk sambutan hari lahir saya kali ini. Kebetulan pada malam tersebut ada seorang kawan ajak saya keluar (dia pun ada anak kecil seperti saya) dan saya mengajak kawan saya makan nasi bariani Kambing di JM Bariani dengan air sirap. Mungkin itu boleh saya panggil sambutan ringkas






.

Azam baru

Umur saya dah hampir 30 an. Banyak azam untuk tahun ni. Alhamdulillah hadiah yang paling mahal isteri saya bagi pada tahun ni ialah Adam. Anak lelaki yang sentiasa menjadi ingatan dan kadang-kadang melebihi ingatan pada uminya. Saya bercita-cita untuk mendapat anak semenjak tahun 2007 lagi (hehe) tapi tak laku waktu tu , tahun lepas baru ada jodoh dengan isteri tercinta. Pada tahun ini saya berazam ingin menambakan ilmu agama. Rasa kurangnya ilmu agama. Bab-bab fardu ain pun masih banyak yang keliru. Bab sembahyang , puasa, taharah dan macam-macam lagi. Itu belum cerita faham akidah . Tahun ni juga saya plan nak buat beli tanah dan nak buat rumah sebuah. Rumah biasa sahaja yang sederhana.

Saya juga bercita-cita nak menulis sebuah novel tahun ini. Hampir separuh saya tulis novel terbaru saya tetapi sampai sekarang saya tak tahu bagaimana kesudahan untuk membuat penamat pada novel tersebut. Saya menulis pun atas dorongan seorang pak cik yang bernama Sutung Omar. Dia selalu cakap menulis mudah sahaja, tulis apa yang kita nak tulis , dan saya memang tulis apa yang saya nak tulis . Sekarang dia dah uzur dan sudah lama tidak minum Teh tarik di kedai mamak Taqwa Gombak. Menulis mudah sahaja tetapi untuk mensiplin diri dengan menulis agak susah. Kalau setakat menulis sahaja tak ada masalah tetapi apabila menulis perlu berfikir dan mencari idea yang sesuai.

Dan tidak lupa juga saya ingin menjadi suami dan walid yang baik untuk famli baru saya.

Wednesday, June 29, 2011

Akulah Lelaki Itu-Catatan tunggu bas

Dari Manik Urai Baru ke Klang

Hujan turun renyai-renyai. Isteri saya hanya melambai dari anjung rumah sahaja sambil mendukung Adam yang demam. Di dahinya baru ditampal dengan cool fever untuk mengurangkan kepanasan tubuhnya. Rasa sedih untuk meninggalkan Adam dan uminya. Tambahan pula Adam kurang sihat. Sebelum naik kereta beberapa kali aku cium Adam dan mata Adam memandang tepat kepada aku seolah-olah melihat dan mencari rasa sayang yang selalu pergi.





Penunggu Yang Gelisah

Aku bukan seorang yang suka menunggu. Selalu akan gelisah kalau menunggu sesuatu. Ada betulnya penantian satu penyiksaan walaupun tunggu bas. Lebih-lebih lagi kalau bas yang kita tunggu lewat daripada waktu sepatutnya. Sepanjang saya naik bas jarang sekali bas menepati waktu yang tertulis ditiketnya.

Tempat menunggu bas ada pelbagai ragam manusia. Ada yang tenang bertemankan hembusan asap yang dikeluarkan dari mulut dan hidung, Asap-asap jenama Dunhill atau Gudang Garam kelihatan samar-samar sahaja naik ke udara kearah sinar neon. Tiga buah bas telah sampai tetapi semua bukan bas yang saya naik. Seorang anak mencium tangan dan pipi ibunya sebelum naik ke atas bas, dan melambai-lambai tangan , mungkin dengan doa sekali semoga anaknya selamat sampai ke destinasi.

Dua buah bas sampai lagi. Bas dua tingkat. Lampu didalam bas dipasng apabila berhenti untuk penumpang naik. Kelihatan beberapa penumpang bas telah tidur dengan gaya masing-masing. Dengan lena sekali walaupun lampu di dalam bas telah bercahaya. Ada tempat duduk seorang dan ada tempat duduk berdua. Dua tempat duduk berdua seorang wanita lena tidur dibahu lelaki diseblahnya , mungkin sepasang suami isteri yang bercuti ke Kelantan dan akan balik ke Kuala Lumpur. Tempat duduk belakang pun sama, ada sepasang lelaki dan perempuan tetapi perempuan tidur berpaling muka ke arah lain membelakangi lelaki tersebut seolah-olah pasangan suami isteri yang bergaduh. Semua gelagak tersebut dapat dilihat melalui tingkap bas yang berkaca seperti menonton ikan di dalam akuarium yang besar.

Anak tercinta

Aku masih menunggu, ingatan aku jauh melayang mengingati anak kecil lelaki ku. Tengah hari tadi isteri aku membawanya ke klinik dan doktor kata demam. Bayi yang kecil kalau demam meragam dan susah hendak tidur. Kalau demam itu boleh dipindah mahu sahaja aku menanggung demam tersebut.

Kasih dan sayang seorang ayah kepada anaknya adalah anugerah dan semula jadi. Rasa sayang dan rindu itu datang tiba-tiba. Kalau bayi itu senang dijaga tanpa menangis atau perlu tukar lampin boleh sahaja saya bawa ke Klang dan jaga sebaik mungkin dengan meyediakan susu botol secukup mungkin. Tetapi karenah bayi agak unik, perlu pada belaian seorang ibu, kadang-kadang ayahnya dukung tetap menangis tetapi kalau ibunya dukung terus senyap. Aura seorang ibu memang hebat.

Sejam kemudian

Bas yang aku tunggu hadir sejam dari masa sepatutnya. Lewat sejam. Aku tak kata apa-apa. Hanya naik di atas bas dan mencari tempat duduk aku. Sejam kemudian aku terlelap ketika aku memikirkan keluraga baru aku. Isteri dan anak kecilku.

ps/tq adik-adik ipar yang sudi melayan Adam

Thursday, June 16, 2011

Secawan Teh O nipis buatan sendiri



Secawan Teh O nipis buatan sendiri

Pagi-pagi kalau saya tidak minum the tarik di kedai mamak teh o nipis adalah minuman paling sesuai dengan jiwa saya. Ramai kawan Tanya kenapa nipis? Kalau pekat rasa teh kurang sedap. Untuk mengukur kenipisan itu agak sukar, pernah saya order teh o nipis disebuah kedai yang mana kenipisannya amat sangat dan tak nampak macam teh o.

Biasanya, yang akan buatkan air pada saya tidak lain dan tidak bukan isteri tercinta. Dia pun dah tahu kenipisan yang mahukan. Hampir sebulan saya tidak menikmati teh o nipis buatan isteri saya. Dan saya terpaksa membancuh sendiri teh o nipis kegemaran saya.

Teh o nipis saya minum perlahan-lahan sambil memikirkan betapa rajinnya isteri saya menguruskan seorang suami. Stoking, baju, seluar disusun rapi. Begitu juga dengan baju saya yang akan di starika setiap pagi. Memerhati tugas seorang isteri memang banyak, Dari pagi hinggalah sebelum tidur. Kalau isteri saya bangun dari tidur kerjanya sudah bermula, kalau tak basuh baju dia akan memasak atau mengemop rumah.

Waktu pagi saya sama seperti saya bujang dahulu, bermula dengan membuka komputer dan membaca suratkhabar online sehingga isteri saya menjemput saya untuk bersarapan. Selepas itu saya akan menyambung lagi membaca atau berborak dengan kawan-kawan di alam maya walaupun setiap hari kami bertemu. Waktu malam pun sama, saya akan membuka komputer kalau tak membaca saya akan menulis .Mula-mulanya saya menulis novel tetapi disiplin tak cukup sampai sekarang belum siap lagi.

Isteri saya sekarang sedang bercuti. Saya perlu bancuh sendiri teh o nipis. Sarapan saya hanya biskut tawar sahaja. Kalau isteri saya akan dia selalu juga goreng roti canai segera atau kalau dia rajin dia akan goreng nasi atau jemput . Baju-baju dan stoking saya lipat dalam almari tidak sekemas isteri saya lipat. Kemahirannya melipat dan mengurus almari memang bagus.

Saya ada baca sebuah buku dan tertarik dengan ayat dalam buku tersebut. Tanggungjawab selepas berkahwin adalah lebih utama daripada cinta. Bercinta semua indah tetapi berkahwin banyak perkara dan tanggungjawab. Tanggungjawab bercinta mudah sahaja sms atau call seberapa kerap sehari dan banyak kata-kata rindu. Kalau ada masa dating. Kalau dapat menunaikan tanggungjawab itu anda akan menjadi pencinta yang hebat. Tetapi untuk tunaikan tanggungjawab memang banyak dan agak mencabar lebih2 lagi apabila hampir 10 tahun melayari alam rumahtangga. Perlu banyak bersabar.

Pernah juga saya minum Nescafe untuk menggantikan teh o nipis tetapi perut saya tidak dapat terima. Begitulah cerita teh o nipis.

Thursday, May 26, 2011

Cerita kedai kopi-Kisah kawan-kawan di sekolah



Cerita kedai kopi

Sebuah cerita dikedai makan kawasan Gombak Selangor. Kisah ini berlaku pada hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan . Selepas sembahyang Jumaat saya berhenti disebuah kedai untuk menikmati makan tengahhari. Seperti biasa, gulai kawah, ulam sikit dan ada campur sos bilis atau budu sebagai penambah perasa. Waktu tengah hari dikedai makan selalu nya penuh dan nasib baik saya sempat duduk disebuah meja dan ada sebuah kerusi kosong lagi dimeja saya.

“kosong dik” Tanya seorang abang yang umur lingkungan 40 an

“kosong “ jawab aku ringkas, Kerusi itu pun bukan aku punya, tuan kedai punya,

Aku dan abang itu makan satu meja Cuma menu kami berbeza. Dia tidak ada sos bilis dan ulam-ulaman.

Apabila ada orang disebelah kita, aku menjadi serba salah kalau hanya makan tanpa bertegur sapa. Dan aku memulakan dengan bertanya tentang kerjanya. Panjang ceritanya, dia sorang peniaga kain di Wisma Yakin berdekatan Masjid India.

Pendapata 40k sebulan

Tanpa aku bertanya lelaki itu memberitahu pendapatanya mencecah 40 k sebulan. Alhamdulillah rezeki Allah bagi padanya bisik hatiku. Hampr 15 minit kami berbual sambil makan, datang tauke kedai tu dan mahu mengira harga nasi dan lauk yang kami makan .

“Kira semua ke?” Dia Tanya merujuk kepada nasi dan lauk aku dan lelaki yang mendapat pendapatan RM 40 sebulan. Dengan cepat lelaki itu menjawab kira lain-lain ye. Selepas dia membayar harga nasinya RM 4.50 dia senyum kepadaku dan terus pergi. Tidak salah dan berdosa dia tidak belanja saku makan tetapi cerita pendapatan Rm 40k sebulan takkan nak belanja saya makan pun tak mampu. Apapun dia tidak berdosa mungkin aku yang berdosa berpesangka buruk padanya, Ya Allah ampuni hambaku. Sedekah itu besar pahalanya terutama pada hari Jumaat

Kantin Sekolah

Saya sebenarnya segan dan cepat terhutang budi kalau ada kawan-kawan yang belanja makan di kantin sekolah, Ada beberapa orang kawan yang selalu belanja saya dan sifat suka belanja kawan ni pun bukan ada pada semua cikgu. Ada yang tak pernah belanja teh o pun ada kepada kawan. Kalau kawan dah belanja kita nak tolak pun segan ,mungkin kawan kita mahu buat pahala , atau dalam kesedihan, atau kurang sihat. Dengan melakukan amal kebajikan seperti belanja kawan-kawan hati jadi tenang dan dapat mengeratkan silaturahim . Siapa yang belanja saya memang saya ingat dan saya akan ambil peluang yang ada untuk membalasnya dihari yang sesuai. Saya pun mahu buat kebajikan. Saya faham , kawan-kawan terutama disekolah banyak membantu kita, tanpa ada kawan-kawan disekolah mungkin sampai satu tahap kita akan merasa bosan untuk ke sekolah. Kawan-kawan yang baik serta memahami merupakan motivasi untuk kita ke sekolah. Hargailah kawan-kawan anda , Tanya khabar, ucap tahniah, terima kasih adalah merupakan perkara yang mudah. Begitulah ceritanya

Thursday, May 19, 2011

Cerita Hantu Di Sekolahku




Cerita Hantu Di Sekolahku

Cerita hantu dan cerita-cerita mistik ini memang popular dimana-mana termasuklah sekolah rendah. Ingatkan orang tua sahaja yang berminat dengan cerita hantu, ini rupanya kanak-kanak sebesar darjah dua bukan main teruja dengan cerita hantu. Tambahan pula Tv3 mejadikan tayangan wajibnya siri cerita hantu seram dan lawak pada setiap malam jumaat. Oleh yang demikian populariti hantu menjadi semakin bertambah.Pelbagai jenis hantu tradisi ditontonkan kembali oleh tv3 entah dengan tujuan apa saya sendiri pun tidak tahu mungkin untuk kita terus ingat pada hantu-hantu tradisi ini untuk terus ditakuti kembali oleh anak cucu kita seperti mana kita telah dimomokkan semasa kecil dahulu. Makluk halus seperti jin dan syaitan memanglah wujud ayat Al-Quran pun jelas membuktikan mereka memang wujud tetapi tidak perlu sangat kita mempromosi kehebatan hantu sehingga secara tidak lansung kita menanam dalam minda anak-anak kita bahawa hantu itu satu makluk yang hebat ada kuasa dan menakutkan.

Berbalik kepada cerita hantu sekolah saya. Pelik sikit nama hantu ini dan saya sendiri tidak pernah mendengarnya. Nama hantu di gelarkan oleh murid hantu badut. Setahu saya kalau badut ini semua kanak kanak suka kerana watak badut menghiburkan dan boleh buat silap mata. Ceritanya ada seorang murid dari tahun 2 melihat hantu badut tersebut didalam tandas. Selepas kejadian tersebut bermacam versi cerita ditambah ada yang kata ada taring , ada yang kata hatu tersebut bersalam dengannya dan ada juga yang kata dipeluk dengan hantu tersebut.
Pelik pula apabila ramai pula peminat hantu badut ini dan .Dan menjadi situai baru disekolah murid-murid akan pergi ke tandas secara berjemaah , ada yang pegi ke tandas untuk melihat hantu dan bermain dengan badut yang mula popular disekolah. Saya telah bercerita kepada seorang ustaz dan seorang cikgu disekolah saya. Mereka kata telah pergi ke tandas tersebut dan tidak berjumpa pun dengan badut tersebut. Apabila kejadian dan cerita seperti ini merebak ke sekolah dan membuat murid takut atau lebih gemar ke tandas secara tidak lansung akan menjadi kebimbangan kepada guru dan pihak pentadbir. Sebahagian otak mereka yang sepatut perlu difikir dengan pembelajaran telah terisi sedikit dengan benda-benda merapu dan mengarut itu.

Dipendekkan cerita, saya sendiri buat siasatan ( hebat bila guna ayat siasatan ni ) dengan melihat latarbelakang murid tersebut dan bertanya dengan guru-guru lama. Cerita dan teorinya mudah sahaja. Pada pandangan saya hantu tersebut memang wujud tetapi bukan semua murid yang melihatnya seperti yag dihebohkan ada yang sempat bersalaman nasib baik tak ada cerita yang sempat mengambil autograph dan bergambar lagi mengejutkan.
Seorang murid tahun dua melihat saka dari keluarganya. Saka tersebut ingin menjelma sebagai harimau tetapi tidak berapa menjadi membuat budak tersebut mentafsir saka tersebut badut. Apabila diceritakan kepada kekawannya ramailah yang ingin pergi melihat badut tersebut. Mengikut cerita dari seorang guru lama disekolah tu , abang kepada murid sekolah tu pernah melihat saka tersebut di dalam tandas tetapi dia kata lihat hantu . Begitu lah ceritanya.

Wednesday, May 18, 2011

Tertduhnya Cikgu gangguan seksual



Tertduhnya Cikgu gangguan seks

Kisah ini berlaku hampir 4 tahun yang lalu. Hari itu cuara redup walaupun masih awal 10 pagi. Tahun pertama saya disekolah saya menjadi guri sesi pagi. Walaupun agak berat untuk membuka mata diwaktu pagi tetapi apabila mata disentuh oleh angin ketika menunggang motosikal ke sekolah, mata akan mudah menjadi segar. Lebih kurang jam 11 pagi (mengikut catatan diari saya ). Sebuah kereta polis parking didepan bilik saya. Murid di dalam bilik saya menjadi gelisah apabila melihat kereta peronda polis parking di depan bilik saya. Ada yang bangun sebagai tanda teruja melihat kereta tersebut.
Dua pegawai berpakaian lengkap keluar daripada kereta tersebut. Paling aku kagum ada pistol di sisi pinggang mereka. Berapa orang yang telah terkena tembakan polis tersebut ?Bisik hati tu sendiri. Polis tersebut terus pergi ke pejabat sekolah. Aku sebenarnya tidak terkejut sangat dengan kehadiran pelawat ke sekolah. Semua pernah datang ke sekolah , polis bomba, askar,penjual sayur dan tidak kurang juga penjual insuran yang sering masuk melalui pintu belakang sekolah.

Dua jam kemudian, seorang guru yang aku kenal bernama Cikgu Badul (bukan nama sebenar ) masuk ke dalam kereta . Kelihatan cikgu Badul tenang sekali. Waktu itu cikgu Badul bendahari PIBG, perkara yang pertama terlintas di benak fikiranku mungkin cikgu Badul telah menyalahgunakan duit PIBG sehingga ditangkap polis untuk disoal siasat atau polis tersebut kawan cikgu Badul, dan mereka keluar untu pergi minum teh dikedai berdekatan. Ada juga murid yang bertanya kepada aku kenapa cikgu Badul dibawa polis, Aku jawab ringkas , polis itu kawan cikgu Badul. Aku membiarkan sahaja kereta polis itu pergi membawa cikgu Badul tanpa mahu berfikir panjang apa ceritanya.

Kesokkan harinya

Keseokan harinya di kantin sekolah, hangart cerita bahawa cikgu Badul dibawa ke Balai Polis kerana disoal siasat kes gangguan seksual kepada seorang murid. Versi pertama cerita ini cikgu Badul sering membawa murid tersebut balik ke rumahnya dan ketika itu berlaku gangguan seksula mungkin dalam bentuk rabaan. Versi ke dua lagi jijik untuk aku mendengarnya cikgu Badul telah melakukan sek oral. Paling aku tidak sangka seorang guru lelaki mengatakan lebih kurang dialog begin “ tu lah tak kawen sangat, dah tahan budak pun dia main” seolah-olah dia mengiyakan berita tersebut. Dan ada beberapa orang cikgu menyampuk dengan gelak seperti tidak ada apa-apa perkara sensitive.
Keesokkan harinya lagi
Surat khabar Berita Harian ada melaporkan dengan laporan agak samar, seoarng guru yang mengajar di Klang terlibat dengan ganggun seksual kepada muridnya. Tanpa merujuk sekolah mana- mana sekolah. Dengan semangat seorang cikgu lelaki menunjukkan kepada aku berita itu . Aku diam sahaja dan bertanya berfikir aku ,, beginikah cikgu disini berkawan?, seolah-olah berita kesusahan kawan dibuat bahan jenaka dan menjadi gelak tawa di kantin sekolah sahaja. Ada yang marah kepada cikgu Badul seolah-olah dia telah melakukan perkara terkutuk itu, padahal baru dituduh.

Beberapa hari selepas itu

Versi terbaru cerita tersebut bahawa cikgu itu hanya sms yang berunsur lucah sahaja. Dan ayah murid tersebut membuat aduan polis. Ada juga cerita yang mengatakan ada dendam dengan cikgu tersebut dan ada juga cerita yang mengatakan ayah murid tersebut sahaja ingin mengungut cikgu tersebut supaya diberi wang kalau mahu kes tersebut ditutup. Aku seorang yang sensitive dan faham dengan tekanan yang dihadapi guru tersebut, Bagi aku apa yang berlaku padanya bukan bahan jenaka atau bahan untuk ketawa di kantin sekolah. Aku hanya sms kepada cikgu tersebut mengatakan semoga keadaan cepat baik dan banyak bersabar. Dia membalas padaku dan mengucapkan terima kasih. Sebenarnya aku takut dan tidak suka dengan cara cikgu-cikgu ketiak itu apabila kawan menghadapi masalah sedemikian. Makhamah belum memutuskan dia bersalah dan dia digantung kerja sepanjang perbicaraan tersebut, Gajinya disekat. Untuk membiayai hidupnya cikgu tersebut bekerja sebagai juruwang disebuah pusat membeli belah dan cerita terbarunya aku pun tidak tahu. Dia telah menukar nombor telefonya, Bersalah atau tidak hanya Tuahn yang tahu tetapi sebagai kawan tidak patut terus menghukum kawan. Aku yang menggantikan kelas cikgu Badul dengan mengajar subjek Matematik. Ramai anak muridnya bertanya kemana cikgu Badul. Susah juga aku mahu menjawabnya, Dan dengan nada tidak bersalah aku mengatakan cikgu Badul menyambung pelajarannya ke Jepun. Beberapa orang murid ber oooo panjang kagum dengan cikgu Badul.

Tuesday, May 17, 2011

Cerita ketika hari hujan di sekolah saya








Cerita hujan di sekolah saya

Hujan turun dengan lebat. Begitulah rentak hujan sekarang bukan turun bermula renyai-renyai dahulu dan semakin lebat. Tanpa memberi amaran, ianya terus hujan membasahi bumi dengan lebat yang amat. Kalau tengah hari panas sehingga saya tidak boleh pakai tali leher kebiasaannya, hujan akan turun dengan lebat waktu petang. Panas di sini bukan seperti panas di kampung saya. Walaupun cuaca panas angin dingin masih bertiup di kampung saya. Panas dan tidak berangin kadang-kadang terasa semacam duduk di negara padang pasir.
Sekolah sesi petang, kalau cuaca panas memang agak tidak selesa. Dua kipas syiling yang berpusing di syiling kelas kadang hanya sebagai hiasan sahaja kerana tidak mampu memberi kedinginan yang selesa. Apabila cuaca panas jiwa pun cepat panas. Murid buat salah sikit pun panjang ‘ceramahnya ‘ atau rotan menyinggah ditelapak tangan murid. Cuaca juga mempengaruhi perasaan dan jiwa. Mungkin kalau kelas ada aircond , rasa nak marah pun akan berkurang sedikit.
Hujan turun semakin lebat. Saya berada di tingkat 3 bangunan darjah tiga. Cuaca yang panas semakin sejuk. Kelihatan sepasang merpati di atas bumbung bangunan sebelah, mengizinkan diri mereka di basahi hujan. Mungkin sepasang merpati yang bewarna putih itu sedang mandi. Kelihatan beberapa orang murid berlari dengan cepat ingin masuk ke kelas kerana ingin mengelak daripada basah. Longkang didepan kelas sudah dipenuhi air walaupun tidak sampai setengah jam hujan membasahi sekolah saya.

Air hujan di sini bagi saya adalah air yang ‘bahaya. Air hujan yang akan menurunkan bersamanya asap-asap kilang yang berhampiran dengan sekolah. Hujan turun bersama habuk-habuk kilang plastic , kilang-kilang seramik dan bermacam kilang yang berhampiran dengan saya. Hujan turun juga bersama asap-asap lori kontena yang sentiasa melalui jalan didepan sekolah membuat kadang-kadang terasa seperti terasa gempa bumi kecil kerana beban lori yang sarat. Kesibukan lori yang lalu didepan sekolah sehingga penduduk kampong mengantung banner yang berbunyi “ Lori tidak dibenarkan melalui jalan ini waktu murid masuk dan balik sekolah arahan oleh penduduk kampung . Selagi JKR yang bukan keluar arahan, peraturan tersebut tidak salah jika dilanggar.

Beberapa orang murid dari kelas 3M sudah asyik bermain hujan dan membuat perahu kertas untuk dihanyutkan didepan longkang kelas mereka. Baju dan seluar sudah basah dan mereka begitu riang bemandikan air hujan yang ‘bahaya’ itu. Cikgu mungkin lambat masuk kelas kerana ada hal dan tanpa disedari beberapa anak muridnya telah berseronok menikmati hujan dari langit. Kalau demam pun meraka akan datang sekolah juga esok kerana mak dan ayah bekerja dan biasanya mereka akan tidur dibilik kauseling yang mempunyai sofa. Hujan turun lagi suara saya dari atas bangunan tidak mampu untuk melaung murid yang mandi hujan dibawah. Begitulah cerita hari hujan disekolah saya.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru-Kisah Lama menggamit ingatanku


Selamat Hari Guru- Berita Gembira dari TPM


Pukul 10.00 malam baru saya membeli surat khabar Utusan. Pada mulanya hanya ingin membeli roti dikedai berhampiran kedai Mamak tetapi tertarik dengan muka hadapan Mingguan Utusan yang bertajuk “ Berita gembira menanti guru esok “. Suspen penuh tanda tanya berita tersebut. Sebelum ini ada bermacam khabar angin berkenaaan dengan hadiah hari guru dari timbalan perdana menteri tetapi kesohehan berita tersebut belum dapat pasti lagi. Apapun harap pagi esok ada berita gembira yang mampu buat saya tersenyum seminggu kerana gembiranya berita tersebut.

Than ini sudah masuk tahun kali ke 4 saya sambut hari guru dan tahun ke empat juga saya telah menjadi guru. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya yang bernama Hishamudin Md Ali kerana mengesyorkan saya 5 tahun lepas untuk menjadi guru. Dialah yang membeli borang untuk memasuki kursus KPLI dan kami isi sama-sama borang tersebut. Waktu itu kami hanya bekerja ‘kilang “ disebuah kilang di Kajang. Rezeki untuk menjadi seorang guru menyebelahi saya tetapi sahabat saya belum dapat lagi.
Waktu belajar di Maktab Raja Melewar adalah saat yang paling indah untuk dikenang. Kali pertama saya menyanyikan lagu Guru Malaysia semasa menjadi guru pelatih berdiri bulu roma saya terutama pada lirik ‘ Amanah yang diberi kami tak persiakan, apa yang kami janji tunai tetap kami tunaikan. Lagi ini memang menusuk kalbu saya perkataan tunai tu memang tak boleh berhutang lah kena bagi cash. Saya memandang dari bawah ke atas, saya lengkap dengan berkasut hitam, stoking, baju lengan panjang, rambut disikat kemas dan ada tanda nama dan siap bertali leher. Pakaian seorang guru yang penuh skema dan saya masih skema hingga sekarang pakai tali leher walaupun mengajar sesi petang .
Orang yang paling gembira saya menjadi guru adalah mak saya. Rupa-rupanya dia selalu berdoa supaya menjadi guru walaupun cita-cita saya ingin menjadi pelukis. Sungguh berkat doa seorang ibu. Saya akui gaji seorang guru tak adalah sebesar gaji jurutera atau gaji pekerja swasta yang mendapat bonus 5 bulan gaji setiap tahun. Nak kata susah tidak juga, gaji yang sederhana tak kaya tetapi senang. Cukup untuk bayar duit rumah, kereta, makan pakai dan keperluan harian. Untuk beli kerata mahal-mahal atau rumah tiga tingkat tak mampu lah tetapi rumah ters biasa kebanyakan cikgu memiliki.

Pekerja-pekerja lain diharap tidak cemburu kerana hari guru disambut lebih meriah dari hari jururawat atau hari doktor , polis mahupun hari buruh , kerana paling kurang mengikut sistem pendidikan di Malaysia seseorang mesti berguru ke sekolah selama 10 tahun. 5 tahun sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. 10 tahun merasa kehidupan mempunyai guru dan bermacam guru dijumpai , ada yang begis macam singa dan baik melayan murid. Apapun selamat hari guru buat semua…

Sunday, May 15, 2011

Kisah Cikgu Yang Free Hair disekolah saya


Tegur Cikgu Tak Pakai Tudung

Kejadian ini berlaku pada suatu petang di kantin sekolah kami yang usang. Sementara saya menunggu loceng masuk kelas, saya makan di kantin sekolah dahulu seperti cikgu-cikgu yang lain. Tetiba ada seorang Cikgu Veteren sekolah saya menghampiri saya , banyak topic yang kami bincangkan dan tidak ketinggalan topik yang berkaitan dengan akademik murid. Sejauh mana cikgu bercakap pasti ada terselit bab-bab yang berkaitan dengan murid. Kalau tidak mengumpat murid dengan “kemalasan” untuk belajar , akan memuji murid dengan kecemerlangan dan kadang-kadang ada juga isu berkaitan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tetiba Cikgu Budin (Bukan nama sebenar ) menceritakan kepada saya bahawa dia rasa kurang senang dengan seorang cikgu perempuan sekolah saya yang belum memakai tudung atau istilah urban freehair (rambut bebas). Saya faham dengan kurang senangnya, bukan tidak suka kepada cikgu itu tetapi dia rasa menjadi tanggungjawabnya untuk menegur selagi dia tidak menegur selagi itu dia akan merasa kurang senang . Itulah maksud kurang senangnya. Saya agak kagum kerana keperihatinan bab agama ini diluahkan oleh bukan seorang guru agama tetapi guru agama biasa yang merasa menasihati guru tersebut menjadi tanggungjawabnya.
Memakai tudung disekolah , khasnya sekolah saya bukan menjadi keanehan malahan tidak memakain akan menampakkan rambut dan kejanggalan. Cikgu Bidin berkata kepada saya, dia risau takut ada murid-murid yang baru hendak membesar terutama murid tahun enam mengambil kisah kerihalan cikgu yang tidak memakai tudung itu dan menjadi ikutan secara tidak sengaja. Agak kagum saya dengan keperihatinan cikgu itu dan saya yakin menegur dan menasihati seorang guru yang tidak menutup aurat menjadi fardu kifayah kalau tidak ada yang menegur semua akan menanggagung dosa.

Kalau minta saya menegurnya memang agak kekok , dari mana saya nak mula saya tidak tahu. Lagipun saya lebih muda dari guru tersebut. Cikgu Budin susah veteran anaknya pun mungkin sebaya dengan guru wanita tersebut. Alhamdulillah masih ada cikgu yang perihatin begini dan boleh dianggap sebagai “bapa “ disekolah yang memberi teguran dan nasihat kepada guru-guru yang baru. Semoga hasrat cikgu Bidin untuk menegeur cikgu tersebut berjaya dan mudah-mudahan Allah SWT member taufik dah hidayah kepada cikgu wanita tersebut. Wassalam.

Saturday, May 14, 2011

Catatan Beli hadiah sempena tukar hadiah Hari Guru

Beli Hadiah Sambutan Hari Guru

Balik sekolah tadi baru saya teringat ada program atau acara tukar hadiah sempena sambutan hari guru pada minggu hadapan . Nilai hadiah tidak kurang daripada RM 25 . Harga ini telah ditetapkan oleh pihak penganjur kerana ramai cikgu-cikgu yang berjimat cermat hanya membeli hadiah dikedai dua ringgit. Berjimat cermat memang bagus tetapi apa salahnya setahun sekali kita keluarkan lebih sedikit duit untuk memberi hadiah sesama cikgu. Sesiapa yang dapat hadiah memang seronok dan gembira , jarang manusia normal akan menangis kalau dapat hadiah. Terharu saya ada beberapa orang kawan yang member hadiah kepada baby saya yang baru lahir, Terima kasih walaupun hadiah tidak seberapa tetap saya hargai dan ingati. Menjadi amalan saya kalau guru lelaki dapat anak kurang-kurang saya akan bersalam dan member hadiah / duit sebagai ganti. Paling kurang RM 10. Bukan mahu balasan ketika saya dapat anak tetapi itu lah amalan yang masih ada di kampung-kampung termasuk kampung Bagan Bawah. (Kampung tercinta saya ) Saya budak kampong.
Selepas undian saya perlu memberi hadiah kepada seorang guru perempuan. Lagi saya terfikir apa yang patut diberi .Kalau boleh saya mahu hadiah yang berguna bukan sekadar hadiah dibeli memenuhi tuntutan acara tersebt juga. Saya telefon isteri saya dan tanya pendapatnya tapi jawapannya kurang memuaskan hati saya. Mula-mula saya pegi ke Carrefour yang berhampiran selama sejam juga saya pusing kerana ingin mencari hadiah yang bernilai lebih daripada harganya . Maksud saya walaupun harganya tidak seberapa tetapi amat bernilai kepada penerima tapi yang pasti saya segan kalau membeli hadiah yang hanya bernilai RM 25 kerana saya tahu nilai itu pada zaman sekarang susah hendak mendapat sesuatu yang bernilai paling kurang RM 35. Masa sejam saya di Carrefour hanya habis begitu sahaja tanpa saja jumpai hadiah yang saya fikirkan bernilai untuk diberi kepada seorang kawan perempuan yang agak rapat dengan saya .

Selepas ke Carrefour saya mengambil keputusan untuk ke Giant dengan harapan dapat berjumpa sesuatu yang boleh saya fikirkan hadiah. Kalau ada isteri saya senang mungkin dia boleh tolong fikirkan. Mula-mula ada terfikir mahu membeli tudung tetapi saya ni jenis yang tak pandai membeli barang-barang perempuan termasuk kepada isteri saya. Tudung pun tak pernah beli, kalau saya pergi beli saya hanya pilih 5 minit sahaja tapi kalau bawa isteri saya hampir 50 minit dia akan pilih untuk beli kain tudung . Pada suatu sus=dut di Giant ada sebuah kedai yang amat menarik perhatian saya dan mungkin ini hadiah yang sesuai walaupun harganya tidak seberapa tetapi nilainya amat tinggi. Saya terus membayar duit kepada tauke kedai tersebut dan terus balik ke rumah. Esok saya akan beli kertas pembalut hadiah . Begitulah proses untuk memberi hadiah.

Thursday, May 12, 2011

Terkenang seorang kawan


Cerita segelas teh tarik

Sambil saya pergi ambil duit di ATM , seperti biasa saya akan singgah dikedai mamak yang dekat dengan mesin ATM tesebut. Saya jarang makan di kedai mamat. Kari dan masakan mamak tak sesuai jiwa saya. Selalu minum teh tarik atau teh o nipis sahaja. Kalau teh o pekat rasanya tidak menyedapkan bagi saya.
Biasanya kalau malam saya akan keluar minum teh tarik dengan isteri saya. Dialah peneman saya keluar minum teh, kadang-kadang dia tak minum pun hanya teman saya sahaja. Bukan dia tak percaya saya keluar seorang diri tetapi mungkin bosan kerana diajak beberapa kali oleh saya. Tapi malam ini saya hanya seorang sahaja duduk dan termenung ke arah televisyen dikedai mamak tersebut. Sebelah saya pasangan Cina dan dihadapan saya tiga orang Melayu dewas sedang berbincang sesuatu. Entah apa yang dibincang saya pun tidak tahu.
Rindu
Apabila selalu “berkawan “ ke mana sahaja rasa ketidak selesaan apabila menjadi solo. Dahulu semasa sebelum berkahwin saya menyewa dengan 3 orang kawan dan 4 orang termasuk saya. Paling abang dalam rumah sewa seorang Ustaz iaitu Ustaz Azman selaku abang sulung dan aku lah adik paling bongsu dan belum berkahwin ketika itu. Ketiga-tiga kawanku yang lain telah berkahwin.







Ustaz Azman

Sempena hari guru yang akan mendatang tidak lama lagi tetiba saya teringat kepada abang Long rumah sewa saya selain rakan-rakan sepenyewa Nahizul dan juga Asyraf. Kenangan besama uztaz memang banyak dan yang penting ustaz seorang yang boleh dibawa berbincang dan suka memberi nasihat. Seawal pagi ustaz telah bangun dan membawa al-quran dan kadang-kadang ke Masjid untuk solat subuh. Rasa sejuk sikit sewa ketika itu. Saya juga tidak lupa ketika Ustaz Azman bersajak sempena Hari Guru. Suara jantanya dan gaya persembahan yang hebat seolah-olah ustaz seorang penyajak yang berpengalaman walaupun saya tahu saya dan ustaz ketika itu hanya berlatih semalaman sahaja. Beberapa keping gambar yang masih dalam simpanan semasa kami bersajak membuat persembahan.
Sekarang ustaz telah berpindah ke sekolah Tamil. Katanya cuaca disana sentiasa mendung dan ustaz kata dia tidak perlu hadir kalau ada mesyuarat kerana dia tidak faham sepatah kata pun semasa mesyuarat dan juga semasa majlis perhimpunan pagi. Teh tarik saya telah sejuk ..esok saya menulis lagi








Saturday, May 7, 2011

5 hari di wad kanak-kanak-alhamdulillah semua selamat

Jangan Ambil Gambar Dihospital

Lima hari juga anak saya tahan dalam wad. Apabila doktor memberitahu bahawa anak saya dibenarkan keluar daripada wad betapa gembiranya hati saya seolah-olah mendengar pengumuman hari Raya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Saye terus memberitahu mak saya bahawa anak saya akan keluar daripada hospital serta ahli kelurga saya yang lain. Perasaan gembira saya ketika itu hanya Allah Swt yang tahu. Walaupun hanya 5 hari ditahan wad tetapi rasa macam 5 minggu. Dalam wad bukan suasana yang menceriakan , isteri saya sepatutnya mula berpantang dirumah bukan dihospital. Seperti ibu –ibu yang lain( ibu yang berasal dari kampung ) bertuku dan makan makanan orang yang berpantang. Kebetulan mertua saya datang ketika hari anak saya dibenarkan melawat, jadi urusan untuk saya membawa pulang anak bertambah senang. Hari itu juga saya telah membawa kamera untuk mengambil gambar anak saya tetapi isteri saya melarang kerana sister telah menegurnya kerana beberapa hari lepas banyak kali saya bergambar di hospital. Apa yang saya pasti tiada papan tanda melarang bergambar dihospital.

Karipap panas

Sepanjang 5 hari dihospital, pakcik yang menjual karipap panas didepan pintu wad Nuri tidak pernah cuti dari menjual karipap panasnya. Jualan karipap panasnya memang ‘panas”. Hanya sejam sahaja karipap panasnya habis dijual. Kakak saya sempat membelinya tetapi katanya rasa karipap itu tidak sedap sangat tetapi memandangkan karipap yang dijual masih panas baunya “wangi “. Dua hari kemudian saya jumpa pak cik yang sama menjual karipap panas di Stesen Minyak Petronas. Saya pun tak tahu kenapa lokasinya telah berpindah atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penyakin Kuning

Sepanjang anak saya dihospital rupanya tidak ada ubat pun diberikan untuk penyakit kuning selain dijemur dibawah cahaya lampu (bukan lampu biasa). Mata bayi ditutup dan baju bayi dibuka supaya sinaran cahaya lampu tersebut mengena semua badan bayi tersebut. Kadang-kadang kasihan juga melihat bayi dalam keadaan demikian. Ada juga kawan-kawan saya yang memberi petua untuk menghilangkan penyakit kuning bayi antaranya dimandikan dengan daun inai, atau dimandikan dengan daun serai. Petua yang biasa saya dengar beri minum bayi dengan susu kambing dan ada juga petua perah air dukung anak. (sejenis tumbuhan). Berkesan atau tidak bergantung kepada keseriusan penyakit kuning tersebut dan keserasian ubat tersebut. Yang pasti sepanjang tempoh tersebut sayalah seorang ayah sepanjang masa berdoa untuk kesembuhan anak saya .

Tuesday, May 3, 2011

Catatan ayah baru bahagian dua-Selamatkan Nyawa anak kami Ya Allah..

Saya sampai di Manek Urai pukul 3 pagi. Rasa mahu sahaja saya pergi hospital untuk melihat keadaan isteri dan juga anak lelaki yang baru dilahirkan. Perjalanan selama 5 jam memandu memang agak memenatkan dan saya jarang memandu malam kerana silau tetapi Alhamdulillah selamat juga sampai.

Keesokan paginya saya terus pergi ke hospital dan melihat wajah ibu mertuaku yang selalu senyum dan saya bersalaman dengan ibu mertua serta isteri kesayangan. Agak menyedihkan juga apabila bayi yang dilahirkan tidak ada bersama isteri saya. Saya hanya menanya ringkas Dimana bayi ? Isteri saya hanya jawab dalam wad dan apabila ditanya sakit apa dan kenapa dia ditahan dalam wad isteri saya tidak menjawabnya. Isteri saya cakap sebentar lagi nurse suruh dia pindah ke wad lain . Wad dengan bayi. Ketika itu pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya memikirkan bayi kami, Tapi saya bersyukur kerana isteri saya kelihatan sihat dan masih dapat menguntum senyum ketika saya baru sampai ke hospital walaupun saya tahu beban fikiranya lagi hebat daripada saya. Sebagai seorang ibu yang mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan anak, kalau boleh mahu melihat anaknya dalam keadaan sihat dan normal seperti bayi lain. Saya pun tidak bertanya banyak kepada isteri saya hanya bertanya kesihatanya sahaja untuk tidak menambah kerisauanya memikirkan anak kami yang masih dalam wad.

Nurse meminta saya mengambil kerusi roda untuk memindahkan isteri saya ke wad kanak-kanak iaitu wad Nuri. Selepas menyelsaikan urusan di wad bersalin saya menolak dengan kerusi roda ke wad nuri. Sesampai sahaja di wad nuri saya terus tanya di mana anak saya, kerana di dalam wad icu kanak-kanak kerana ada beberapa orang kanak-kanak yang senasib dengan anak saya.
“Ayah ke ?” Tanya seorang nurse kepada aku
“Saya ayah …” jawab aku ringkas

Tetiba satu perasaan terdetik bahwa seorang bayi yang comel sedang menagis dalam ikubator (incubator ) adalah anak aku dan seolah-olah dia memandang kepada saya untuk memanggil saya kepadanya. Memang tepat tekaan saya bayi tersebut adalah anak kami dikakinya ada satu tag nama palstik tertulis nama isteri saya. Rasa sangat terharu melihat seorang bayi tersebut dan rasa ingin mengambil sahaja keluar dari incubator tersebut kerana kelihatan dia tidak begitu selesa dengan wayar untuk memasukkan air ke dalam tubunhnya.
“ Kalau nak pegang bayi basuh tangan dulu..” Kata seorang nurse dengan senyuman
Ada dua lubang pada incubator tersebut yang boleh memuatkan tangan untuk ayah atau ibu memegang bayi tersebut. Sekali lagi aku azan bayi tersebut melalui lubang incubator tersebut dan membaca beberapa ayat suci al-quran yang aku ingat dan berdoa semoga anak kesayangan kami dipanjang umur….

Sunday, May 1, 2011

Catatan Seorang “Ayah “ Bahagian Satu

Catatan Seorang “Ayah “ Bahagian Satu

Jumaat ,Jam menunjukkan pukul 1.20 petang tiba-tiba isteri saya sms saya dia sudah sakit perut dan akan pergi hospital sekejap lagi. Waktu itu saya tengah kusyuk mendengar khutbah. Saya hanya menjawab ok dan semoga selamat. Sms saya balas hanya ringkas sahaja, Walaupun ringkas tetapi sepanjang dalam masjid hati saya tidak tenang dan tidak tentu arah. Mahu sahaja saya terus keluar masjid dan balik ke kampung saya yang sejauh hampir 400 kilometer dan memakan masa 6 jam perjalanan. Selepas solat jumaat saya cepat bangaun dan solat hajat memohon semoga isteri saya selamat melahirkan anak. Harap-harap doa dihari Jumaat penghulu sekalian hari diberkati oleh Nya.

Selepas saya solat saya beristigfar dan mencari petunjuk daripadaNya. Hati saya berat mengatakan supaya saya pergi sekolah dahulu. Saya pergi sekolah seperti biasa. Beberapa kali saya menelefon isteri saya dan sms tetapi tidak mendapat jawapan. Hati saya bertambah risau kerana tidak tahu apa telah terjadi kepada isteri saya.

SMS sebelum melahirkan anak

Waktu itu saya sedang mengganti kelas darjah satu. Tiba-tiba isteri saya menghantar sms ringkas dia dah nak masuk bilik untuk bersalin dan dia minta maaf atas segala salah silapnay terhadap saya. Hati saya begitu sebak bila membaca sms tersebut terutama membaca ayat memohon maaf . Saya ingin menelefonya tetapi tiba-tiba bateri telefon saya habis. Saya hanya sempat menulis mesej supaya selamat semua.. Mesej ringkas sahaja kerana saya ingin menelefonnnya selepas itu tetapi telefon bimbit saya kehabisan bateri. Saya faham,untuk melahirkan seorang bayi tidak mustahil nyawa isteri saya akan diambil olehNya. Selepas solat asar saya berdoa panjang padaNya yang Maha Esa semoga isteri dan anak saya selamt dilahirkan. Dan waktu itu saya terasa ingin bersama isteri saya ketika dia dalam kesusahan melahirkan anak. ..

Wednesday, April 27, 2011

Abang pergi seketika

Semalam saya bertolak dari kampung meninggalkan isteri tercinta. Isteri saya hantar tempat perhentian bas. Wajah senyum isteri saya tidak seperti biasa seolah-olah tidak merelakan saya meninggalkannya. Saya ketika itu suami yang serba salah. Isteri saya mencium tangan saya sebelum saya naik bas. Hiba saya bertambah dan sesungguhnya perasaan ini jarang berlaku pada saya sepanjang perkahwinan ini. Walaupun saya tahu pemergian saya akan kembali dan bukanya pergi berjuang seperti perajurit yang mempertaruhkan nyawa. Cuma saya mengorbankan masa seketika disaat isteri saya memerlukan .Isteri saya seorang yang ceria dan jarang menunjukkan wajah yang kurang menyenangkan walaupun dalam keadaan susah. Kalau dia gembira dia akan senyum penuh dan kalau sedih akan senyum separuh tetapi masih dalam keadaan senyum.

Saya faham dalam benak fikiran isteri saya seribu kerisauan memikirkan detik akan melahirkan anak. Ini pengalaman pertamanya meneruskan tradisi fitrah menanggung perit sakit ketika melahirkan seorang manusia . Dan pada saat itu keberadaan suami disisi amatlah perlu untuk mendapat semangat daripada suami. Sepanjang perjalanan saya di atas bas penuh dengan perasaan yang kurang senang dan kadang-kadang saya berfikir saya seorang suami yang kurang bersimpati dengan kesusahan isteri saya yang sedang sarat.
Setiap pusiangan roda bas berputar meninggalkan jauh isteri saya seolah-oalah fikiran saya turut berputar memikirkan perkara entah apa-apa. Semakin difikir semakin serabut. Mungkin hasutan syaitan menggangu jiwa alam keresahan.

Saya bukan seorang suami yang pandai berpesan lebih-lebih. Tak ada pesanan istimewa mahupun ayat-ayat cinta buat isteri saya melainkan meminta dirinya banyak membaca al-quran , solat hajat dan minum air zam-zam serta air bacaan doa alquran pelajar pondok kandis. Saya berharap semangatnya kuat menempuh hari mendatang walaupun penuh kerisauan tetapi masih berserah padaNya yang Maha Kuasa. Saya tahu dia tidak dapat membaca catatan saya kerana di kampong isteri saya tidak ada internet tetapi mungkin dia dapat membacanya nanti…