Friday, December 19, 2008

Siapa Guru Yang Mahir

Siapa guru yang mahir ?

Saya ingin membuat pandangan peribadi siapa dan bagaimana guru boleh dikategorikan sebagai guru yang mahir. Mungkin kalau dirujuk buku yang ditulis secara ilmiah pelbagai pandangan oleh bijakpandai menulis mengenai guru yang mahir. Pada pandangan saya secara ringkasnya, guru yang mahir ialah guru yang betul-betul menjadi guru ataupun guru yang menghayati konsep kemenjadian guru. Guru tersebut perlu mempunyai kebolehan seperti di bawah :

1- Mampu menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan cara yang paling mudah difahami oleh pelajar
2-Mampu meransang murid untuk meminati ilmu dan pelajaran yang diajarnya
3-Mampu membuat murid menghormati dan menyukainya
4- Sayang kepada murid
5-Sanggup membantu murid dengan penuh keikhlasan
6-Pandai membuat adaptasi dengan keadaan murid, persekitaran sekolah dan kesukaran subjek yang diajar
7-Pandai mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar

6 kebolehan yang saya tulis ini saling berkaitan antara satu sama lain. Contohnya seoranng guru yang tahu cara mengesan kelemahan pelajar akan tahu membuat adaptasi dengan keadaan murid dan kesukaran subjek yang diajar.Begitu juga guru yang pandai memberi ransangan kepada pelajar akan membuat murid atau pelajar akan menyukainya dan menghormatinya sebagai seorang guru.

Ini hanya pandangan peribadi daripada penulis sahaja



Perkara Paling Penting Untuk Menjadi Guru

Perkara Paling Penting Untuk Menjadi Guru

Kalau ditanya atau diajukan soalan ini , apakah perkara yang paling penting untuk menjadi guru , pelbagai jawapan yang kita akan terima. Saya mempunyai pendapat saya sendiri apakah perkara yang paling penting untuk menjadi guru. Bagi saya perkara yang paling penting untuk menjadi guru ialah mempunyai bakat untuk mengajar. Tidak kira samaada bakat tersebut diasah atau bakat semula jadi. Sekiranya seorang guru tidak mempunyai bakat mengajar akan menjadi satu masalah yang besar kepada guru tersebut ataupun kepada pelajarnya. Seperti seorang pelukis, untuk melukis seorang pelukis mesti mempunyai bakat melukis. Mampu melukis objek seperti yang diingini. Ada sesetengah pelukis memang mempunyai bakat melukis semula jadi , ada yang perlu belajar . Tetapi ,dengan mempunyai bakat tidak mencukupi lagi , seorang pelukis harus tahu membancuh warna, menggunakan pelbagai jenis medium lukisan dan lukisan yang dihasilkan ada nilai seni dalaman bukan hanya sekadar sedap mata memandang tetapi mempunyai falsafah, nilai masyarakat , kritikan dan sebagainya. Begitulah anologi yang saya buat kepada profesyen perguruan. Selain mempunyai bakat , guru juga harus mempunyai pelbagai teknik dan gaya semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Bahan Bantu mengajar yang sesuai dan motivasi yang tinggi untuk memberi ilmu kepada anak-anak didik. Begitulah biasanya.