Saturday, October 25, 2008

Kata-kata dari hati akan sampai ke hati dan kata-kata dari mulut hanya akan sampai di telinga

Kata-kata dari hati akan sampai ke hati dan kata-kata dari mulut hanya akan sampai di telinga

Ketika saya menunggu bas untuk pergi ke Kuala Lumpur ada seorang pak cik tua menyapa saya . Katanya dia meneman anaknya untuk pergi ke Kuala Lumpur . Aku menyapa pakcik tu dan kami mula berborak. Entah macam mana kami boleh berborak tentang topik sekolah. Memang jiwa guru sentiasa di hati tidak kira di mana tempat sekali pun sentiasa berborak tentang sekolah dan pelajar. Pak Cik itu menceritakan semua anaknya dia hantar ke asrama penuh dan dia percaya kalau di asrama anaknya lebih menumpukan pelajaran daripada duduk di rumah. Aku cuba memberi pendapat , bahawa pelajar yang sentiasa tinggal di asrama tidak akan kenal saudara mara terdekat , banyak masanya dihabiskan di asrama. Tetapi pakcik tu menambahdan dia setuju dengan apa aku perkatakan . Untuk mengatasi masalah itu dia akan membawa anaknya ke rumah saudara untuk menziarahi di masa cuti dan menggunakan kesempatan itu untk memperkenalkan saudara terdekat kepada ank-anaknya. Tiba-tiba ketika aku bercakap dating seorang lelaki menegur pak cik tu . “ Cikgu nak pergi ke mana ?” . Rupanya pakcik tersebut adalah bekas guru besar pencen . Lagi rancak aku bercakap setelah mengetahui dia adalah guru . Sempat juga dia menceritakan aku bagaimana pengalaman menjadi guru besar. Memang panjang juga kami berborak hampir satu jam lebi kerana bas yang aku tunggu agak lewat sampai. Dalam banyak apa yang kami bualkan ada ayat yang agak menyentuh perasaan aku dan agak memberi motivasi . Kata pak cik tu

“ Kalau kita mengajar dari hati ilmu yang kita sampaikan akan sampai ke dalam hati dan kalau kita mengajar hanya dari mulut ilmu yang kita sampaikan hanya sampai di telinga sahaja ”

Aku percaya, keikhlasan seorang guru akan menentukan pencapaian muridnya. Sekiranya seorang guru betul-betul ikhlas menjalankan tanggungjawabnya menyampaikan ilmu dan mendidik anak muridnya tidak mustahil setiap kata yang diucapkan oleh guru menjadi madah yang bermakna dan diingati oleh muridnya. Teringat kisah-kisah guru pada zaman awal kemerdekaan. Guru yang menampar muridnya tidak akan disalahkan oleh ibu bapanya kerana mereka faham apa yang guri lakukan adalah proses untuk mendidik dan keikhlasan guru pada masa itu terselah apabila mereka disanjung dan dihormati oleh masyarakat.

Sunday, October 12, 2008

Doa Penerang Hati


Doa Penerang Hati




Doa Murid Mudah Dimakbulkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mengaminkan Doa Pelajar

Sekolah tempat saya ditugaskam merupakan sekolah majoriti murid berbangsa Melayu Islam. Memang banyak program yang menerapkan cirri-ciri seorang muslim kepada murid. Apa yang menari kepada saya apabila setiap pagi sebelum masuk kelas pelajar akan berkumpul di medan perhimpunan untuk taklimat ringkas daripada guru. Sebelum masuk kelas pelajar akan berdoa beramai-ramai seblum masuk ke dalam kelas. Pada mulanya saya jarang mengaminkan doa ketika pelajar berdoa kalau saya jauh daripada medan perhimpunan tersebut walaupun saya dengar dari jauh tetapi bermula daripada minggu lepas saya menjadikan amalan untuk mengaminkan doa pelajar walaupun saya dengar dari jauh. Saya membaca sebuah artikel yang mengatakan doa murid cepat dimakbulkan kerana mereka masih “bersih” kerana mereka belm baligh dan tidak menanggug dosa lagi. Tidak banyak bebanan dosa yang ada pada diri mereka terutama murid darjah satu.



Doa untuk guru

Setiap pagi pelajar akan bedoa doa penerang hati. Saya terfikir lebih elok lagi sekira doa itu ditambah dengan doa untuk guru-guru dan ibu bapa. Moga kehidupan guru lebih diberkati dan mencipta suasana sekolah yang penuh rahmat. Sebagai guru juga kita seharusnya mendoakan pelajar semoga diterangkan hati mereka untuk mendapat ilmu dan semoga mereka menjadi pelajar yang baik. Banyakkanlah berdoa kerana doa merupakan ibadat dan orang yang berdoa mendapat pahala .Wassalam